Connect with us

Jenayah

Rebut Pelanggan Jadi Punca Peniaga Di Pasar Siti Khadijah Bergaduh

Polis dilaporkan akan menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden pergaduhan melibatkan beberapa orang lelaki dan wanita di Pasar Siti Khadijah, Kelantan.

Menurut laporan Sinar Harian, pergaduhan itu didakwa berpunca daripada merebut pelanggan di kawasan gerai makan pasar tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata pihaknya telah menerima dua laporan daripada kedua-dua pihak berhubung insiden itu.

Bagaimanapun, laporan yang dibuat pada hari yang sama itu telah ditarik balik beberapa jam kemudian oleh kedua-dua pihak.

Advertisement

Menurut Mohd Rosdi, tindakan menarik balik laporan polis untuk tujuan menyelesaikan kes adalah bukan jalan penyelesaian yang terbaik.

Ini kerana pergaduhan itu telah memberikan kesan dan menjejaskan keamanan masyarakat sekitar pasar secara amnya.

“Jadi pihak polis akan terus menjalankan siasatan lanjut dan tindakan susulan akan diambil kerana tidak mahu orang ramai akan terbiasa dengan tindakan sendiri dengan membelakangi peruntukan undang-undang semasa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan dengan kesalahan kesemua yang terlibat boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh dua tahun atau dikenakan denda atau dengan kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Selain itu, Mohd Rosdi berkata bahawa kejadian yang berlaku pada jam 5 petang itu tular selepas video berdurasi 1 minit 22 saat itu dikongsikan oleh orang ramai.

Advertisement

Video yang menunjukkan kekecohan dan pergaduhan oleh beberpa orang itu telah dikongsikan di aplikasi WhatsApp.

“Di mana dalam video tersebut memaparkan kejadian pergaduhan antara beberapa orang lelaki termasuk wanita sambil dileraikan oleh orang ramai.

“Siasatan awal pihak polis mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada isu berebut pelanggan di antara peniaga-peniaga gerai makan di laman Pasar Siti Khadijah,” katanya.

Mohd Rosdi turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung insiden itu.

Sementara itu, Mohd Rosdi turut meminta agar saksi kejadian untuk tampil ke hadapan dan membantu siasatan.

Advertisement

Saksi boleh menghubungi talian 012-8772106 atau 09-7752200 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran untuk memberikan keterangan.

Sumber: Sinar Harian

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel