Connect with us

Terkini

Lelaki Maut Dibaham Harimau, Anggota Badan Dan Cebisan Kaki Ditemui Berserakan

Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Sukria ditemukan tidak sempurna oleh seorang lelaki tempatan yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kawasan kebun getah Kuala Wok, Pos Pasik.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, pihak polis menerima laporan mengenai penemuan cebisan anggota tubuh mangsa itu kira-kira pukul 9.30 pagi.

Menurutnya, susulan itu satu gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan kerjasama polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Gua Musang dan penduduk setempat telah dilancarkan.

“Hasil operasi telah menemui cebisan kaki di kawasan cerun lebih kurang 500 meter dari lokasi anggota SAR tiba.

Advertisement

“Seterusnya anggota penyelamat telah ke lokasi kedua dan menemui cebisan badan serta sebahagian kaki kira-kira 300 meter dari kawasan penemuan pertama,” katanya lagi.

Beliau berkata mayat mangsa dikeluarkan pada jam 4.40 petang dan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Difahamkan pihak Perhilitan akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap harimau dalam usaha mengesan haiwan liar tersebut dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel