Connect with us

Hiburan

Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Kumpulan nasyid, Inteam memaklumkan bekas anggotanya, Suhaimi Saad yang sebelum ini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor telah meninggal dunia.

Dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi, Inteam memaklumkan Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 malam tadi.

“Sahabat kami yang kami kasihi, Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam.

“Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Advertisement

“Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh,” maklum Inteam dalam hantaran itu tadi.

Terdahulu Allahyarham dilaporkan mengalami jangkitan hingga berlaku kegagalan organ dalaman akibat batuk kronik dialami sejak empat bulan lalu dan cirit-birit selama tiga bulan sehingga berat badannya turun mendadak.

Allahyarham juga difahamkan sudah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru sejak Jumaat lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nordiana Mohd Naim (Ina Naim) bersama empat orang cahaya matanya Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony hasil perkahwinan sejak 12 Ogos 2007.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel