Connect with us

Terkini

“Video Itu Telah Diedit Oleh Pihak Yang Ingin Jatuhkan Saya” – Mohammad Agus

Baru-baru ini tular satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tersebar di media sosial.

Video berdurasi 3 minit 3 saat itu dikongsikan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard menerusi akaun aplikasi Tik Tok miliknya.

Terkini memetik Kosmo! Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff menganggap bekas kakitangannya yang dikenali sebagai Abdul Wahab seperti anaknya sendiri.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan malam ini, Mohammad Agus mengakui bahawa satu video jelik tular yang mengaitkan dirinya bersama Abdul Wahab telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi menjatuhkan reputasinya.

Advertisement

“Video itu telah diedit oleh pihak yang ingin jatuhkan saya, mana mungkin saya buat perkara seperti itu. Saya anggap Wahab ini seperti anak saya sendiri.”

“Video tersebut asalnya tidak mempunyai audio, kemudian diedit oleh beberapa individu yang boleh dikatakan saya kenali,” jelasnya dalam sidang akhbar tersebut.

Terdahulu satu klip video yang memaparkan perbualan jelik diantara Mohammad Agus dan Abdul Wahab telah ditularkan sejak semalam di laman sosial.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@malaysianupdatenews Prof Agus dakwa video telah diedit.. #malaysianupdate #malaysianupdatenews #beritaditiktok #newsattiktok #trendingnewsmalaysia #politikmalaysia #fyp #fypシ ♬ original sound – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel