Connect with us

Terkini

Makcik Kemboja Mohon Maaf

Makcik Kemboja tampil memohon maaf selepas videonya yang didakwa secara bergurau menyatakan orang Melayu pemalas menerima kecaman hebat daripada pengguna laman sosial terutamanya di TikTok.

Menerusi video yang berdurasi satu minit tujuh saat itu dirakam seorang lelaki yang menunjukkan seorang wanita sedang mengadakan pentstriman langsung di dalam sebuah gedung pakaian muslimah.

Memetik laporan Kosmo!, wanita yang mengaku dirinya merupakan berketurunan dan warganegara Kemboja itu merupakan seorang pemilik gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor.

Menerusi rakaman video berkenaan, seorang lelaki bertanyakan kepada wanita itu samada dia adalah seorang warganegara Kemboja bagi menjawab pertanyaan pengguna laman sosial.

Advertisement

“Iyalah memang saya orang Kemboja, apa kena mengena kalau kita orang Kemboja dengan orang Malaysia. I (saya) memang orang Kemboja, I dilahirkan di Kemboja tapi I dibesarkan di Malaysia.

“So (jadi) ada apa-apa, kalau orang Kemboja memang pandai meniaga kan, betul tak orang Kemboja memang rajin nak dibandingkan dengan orang Melayu malas,” kata wanita itu.

Namun diakhir rakaman video berkenaan wanita itu menyatakan dia hanya bergurau berkata demikian dengan berkata orang Melayu atau Kemboja tiada beza.

Ujarnya, apa yang penting seseorang itu perlu rajin untuk mencapai sesuatu apa yang diinginkan.

“Selagi you (awak) rajin, you akan dapat apa yang you nak, tapi kalau you malas tak dapatlah apa yang you nak, lepas itu mengharapkan orang, memang habislah,”katanya.

Advertisement

Susulan kenyataan yang tersebar itu, ramai pengguna laman sosial TikTok melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu seolah-olah menghina orang Melayu.

Difahamkan, pemilik kilang jahit pukal itu tampil membuat permohonan maaf terhadap kekhilafan yang telah dilakukannya.

Sumber: Kosmo!

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

@firdausrushdi madam sape ni? #tiktokmalaysia #tiktokkelantan #tiktokkelate #trending #forfun #viral #tiktokindonesia #fypシ #fyp ♬ original sound – firdausrushdi

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel