Connect with us

Terkini

‘Yang Kau Hina Tu Mak Aku! – Anak Makcik Kemboja Dakwa Video Asal Disunting, Sumpah Tak Cabar Netizen

Seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai anak kepada ‘makcik Kemboja’ yang mencetuskan kontroversi selepas rakaman video mendakwa Melayu malas tular di media sosial, tampil membela ibunya.

Dalam video yang sedang tular di aplikasi TikTok itu memaparkan lelaki berkenaan sedang marah disebabkan kecaman diterima ibunya.

Menerusi video terbabit, lelaki itu turut mengajak mereka yang menghina ibunya itu bersemuka dengannya di kilang.

“Aku cabar kau, daripada kau ‘menyalak’ macam * di TikTok, aku cabar kau, kau ‘face’ (berdepan) aku di kilang ni.

Advertisement

“Yang kau hina tu mak aku. Kalau setakat ‘menyalak’ macam * ni anak Makcik Kemboja di sini. Aku dah tak takut pada kau. Aku memang tak pernah takut pada kau,” katanya lagi.

Bagaimanapun lelaki yang mengaku dirinya anak kepada ‘makcik Kemboja’ itu akhirnya tampil menafikan tuduhan dia memberi amaran dan mencabar netizen ekoran kenyataan ibunya yang melabelkan orang Melayu pemalas.

Lelaki yang dikenali sebagai Ezuan itu menerusi laman X telah tampil menjelaskan bahawa videonya telah diubah dan disunting oleh seorang individu sehingga menimbulkan provokasi terhadap orang ramai.

“Semalam, sekitar jam 2.30 petang, saya telah ‘men-stitch’ satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.

“Beliau telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata bahawa dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah.

Advertisement

“Individu tersebut juga telah memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut,” tulisnya lagi.

Bersama posting tersebut dia turut memuat naik video asal dan video yang didakwa sudah disunting menerusi bebenang di laman sosial berkenaan.

Menurut Ezuan, video asal yang dibuat olehnya ditujukan khusus buat individu berkenaan yang mana nama penuhnya turut dikongsi.

“Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut, mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya, seolah-olah saya mencabar netizen.

“Mana dan di mana dalam video original yang dimuat naik oleh saya, saya ada sebut ‘cabar netizen atau cabar korang semua’ atau mana-mana individu atau pihak?

Advertisement

“Sedangkan saya cabar dia… spesifik, siap ada nama penuh dia sekali,” jelasnya lagi

Tambah Ezuan, penjelasan ini dibuat susulan dia menerima banyak ugutan sekali gus bimbang keselamatannya terjejas.

“Segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dan dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya,” tulisnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video berdurasi satu minit tujuh saat menunjukkan seorang wanita yang mengaku dirinya berasal dari Kemboja tetapi sudah lama bermastautin di negara ini ketika mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.

Dia dengan bangganya mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun pada akhir rakaman video berkenaan menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf.

Advertisement

Susulan kecaman diterima, wanita itu turut memuat naik rakaman video permohonan maaf, dipercayai ditujukan kepada Tunku Makhota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim semalam.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel