Connect with us

Terkini

Cikgu Ery Meninggal Dunia

Seorang guru sesi petang di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi, Klang iaitu Mohd Khariri Mohamad Ramli atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ery meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi.

Cikgu Ery yang juga pempengaruh terkenal dilapor meninggal dunia di Tasik Tropikana Aman Rim Bayu, Selangor.

Cikgu Ery atau nama sebenarnya, Mohd Khariri Ramli dilaporkan meninggal dunia ketika mengendalikan satu sesi senaman.

Berita dukacita tersebut telah dikongsikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tinggi, Adlin Amir Hamzah.

Advertisement

Beliau memaklumkan bahawa, arwah yang turut bertugas sebagai guru sesi petang sekolah tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Allahyarham meninggal dunia semasa kendalikan senaman bersama kumpulan di Tasik Tropikana Aman Rim Bayu.

“Paramedik ambulans telah sahkan kematian. Sedang menunggu kehadiran pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Keluarga arwah telah dihubungi, ” jelasnya menerusi hantaran di Facebook pada hari ini.

Pada masa yang sama, beliau turut berharap agar tiada sebarang berita palsu atau spekulasi disebarkan berkenaan kematian guru tersebut.

“Sila tunggu berita dari kami pihak sekolah dan rakan-rakan Cikgu Ery, ” jelasnya lagi.

Advertisement

Susulan tularnya berita kematian itu, kebanyakan pengguna media sosial telah menitipkan ucapan takziah atas pemergian arwah.

“Allahuakbar.. Innalilahiwainahirojiun…terkejut dapat perkhabaran sahabat yang baik sentiasa berzumba, berjumpa di program-program MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) telah kembali ke rahmahtullah pagi ini.

“Semoga dipermudahkan urusan pengebumian dan ditempatkan di syurga…amin,” seorang pengguna media sosial, Zureen Yusof menerusi Facebooknya.

Dalam hantaran yang sama, Zureen memaklumkan arwah telah disahkan meninggal dunia selepas dibawa di Hospital Banting.

Manakala, seorang kenalan arwah yang dikenali sebagai Muhd Putra Shukri memberitahu bahawa jenazah Cikgu Ery dijangka bakal dikebumikan di Ulu Kuang.

Advertisement

Jenazah pempengaruh media sosial tersebut dijangka akan akan disemadikan di sana pada petang ini.

Terdahulu Cikgu Ery pernah tular kerana disalah ertikan sebagai seorang wanita menyamar jadi lelaki memakai ihram ketika di depan Kaabah, namun begitu Cikgu Ery memberi respon dengan mengatakan bahawa dia seorang bekas Mak Nyah dan kini sudah kembali ke pangkal jalan.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel