Connect with us

Terkini

Aisyah Hijanah Minta Doakan Bayi, Mohon Henti Sebar Hal Rumah Tangga

Aisyah Hijanah memaklumkan bahawa keadaan kandungannya didapati lebih kecil berbanding usianya.

Aisyah Hijanah melalui beberapa hantaran di Instagram Story memaklumkan perkara itu diketahui selepas melakukan imbasan terperinci di sebuah klinik baru-baru ini.

Aisyah bagaimanapun bersyukur apabila bayi itu berada dalam keadaan sihat.

“Baby agak kecil daripada umurnya. Mungkin banyak faktor, badan saya yang kecil, stress sepanjang isu dan kurang selera makan.

Advertisement

“Doakan semoga this baby girl (bayi perempuan ini) diberikan takdir yang baik, rezeki dan jodoh yang baik. Dibesarkan dengan baik dan dijadikan anak yang mudah masuk ke syurga,” katanya lagi.

Sementara itu, adik kepada Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam memuat naik laporan perubatan kakaknya di Instagram Story yang didakwa daripada sebuah klinik swasta.

Dapat dilihat laporan berkenaan tertulis bahawa Aisyah dikasari oleh Alif Teega disebabkan oleh orang ketiga iaitu isteri kedua lelaki terbabit.

Terbaru, Amirul memuat naik semula kenyataan yang dibuat oleh klinik swasta tersebut menyatakan bukan pihak mereka yang menyebarkan laporan perubatan itu.

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by Klinik Mega Mesra Keluarga (@kumpulan_megaklinik_zahran)

Dalam pada itu, Aisyah Hijanah berharap masyarakat berhenti menyebarkan perkara berkaitan kontroversi rumah tangganya yang tular kebelakangan ini.

Menurut Aisyah, pendekatan tersebut diambil kerana enggan membiarkan orang ramai menokok tambah hal berkaitan rumah tangganya terutama laporan perubatan yang mendakwa dirinya cedera akibat dipukul oleh suami, Alif Teega.

“Saya ambil maklum tentang beberapa hal yang tular dan diketahui umum. Saya tidak boleh menafikan mahupun mengiyakan mana-mana perkara kerana tidak mahu membesarkan hal ini.”

Advertisement

“Mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan, berhenti berkongsi kerana hal ini akan bertambah teruk,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Aisyah turut meminta orang ramai memberinya ruang untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya ketika ini.

Aisyah juga menjelaskan laporan perubatan yang rancak diperkatakan dalam media sosial bukan ditularkan oleh mana-mana pihak dari klinik yang terbabit.

“Biarlah saya dan yang terlibat menyelesaikan hal ini daripada sudut dalaman.

“Buat masa ini saya dan Alif dalam keadaan baik-baik sahaja

Advertisement

“Saya perlu bertanggungjawab bagi pihak klinik dan laporan perubatan itu bukan disebarkan oleh pihak mereka,” katanya lagi.

Dalam perkongsian sama, dia turut menitipkan permohonan maaf sekiranya hal rumah tangganya mencetuskan perdebatan sehingga menganggu emosi ramai.

Kami mohon maaf kepada masyarakat kerana telah mengganggu kesejahteraan mental dan emosi kalian.

“Kami doakan agar kita semua dijauhkan daripada sebarang kejahatan dan kezaliman.

“Terima kasih kerana telah mendoakan yang terbaik, semoga semua itu berbalik kepada kalian semula,” tuturnya.

Advertisement

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel