Connect with us

Terkini

Perkahwinan Sejenis Terbongkar Tiga Hari Selepas Ijab Kabul, Pengantin Lelaki Ternyata Perempuan

Hari bahagia sepasang pengantin di Indonesia bertukar tragedi selepas identiti milik mempelai lelaki yang merupakan seorang wanita terbongkar tiga hari sesudah akad nikah dilafazkan, lapor Tv One News.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di daerah Cianjur, di mana majis resepsi pernikahan dilaksanakan dengan penuh meriah dengan kehadiran penduduk di kawasan itu.

Pada hari kejadian, pengantin ‘lelaki’ dilihat tenang dan lancar melafazkan akad nikah sehingga saksi-saksi yang melihatnya gembira dengan harapan ia akan berkekalan.

Bagaimanapun, perkahwinan sejenis itu akhirnya terbongkar apabila pengantin perempuan mula curiga dengan kelakuan suaminya.

Advertisement

Menceritakan kembali, wanita itu berkata selepas tiga malam bergelar suami isteri, ‘suaminya’ berkelakuan pelik dengan tidak mahu menyentuhnya.

Berita tersebut kemudiannya menjadi tular di media sosial selepas meraih perhatian warga maya.

Sebelum ini, Ketua Kampung Pakuon Abdullah berkata pada mulanya dia mendapat maklumat gembira di mana terdapat individu meminang seorang wanita di kampungnya dengan wang tunai berbilion rupiah.

“Berita gembira yang disampaikan bukan mengenai perkahwinan sejenis tetapi berkenaan dengan majlis perkahwinan yang dikatakan menelan belanja berbilion-bilion. Kemudian saya periksa, saya takut sesuatu telah berlaku,” katanya.

Abdullah kemudiannya bertemu dengan keluarga kedua-dua pengantin untuk mengesahkan kebenaran tersebut.

Advertisement

Keadaan mula menjadi curiga selepas ‘lelaki’ itu gagal menunjukkan kad pengenalan dirinya dan memberikan sebarang maklumat berkaitan dirinya.

“Ketika memproses syarat nikah di kampung, ‘lelaki’ itu juga banyak memberi alasan, katanya ibunya telah mengambil kad pengenalan kerana tidak merestui dan sebab lain,” katanya.

Menurutnya dengan identiti ‘lelaki’ itu yang tidak jelas, penduduk kampung enggan membiarkan pasangan tersebut berkahwin dan ketua kampung juga telah mengeluarkan surat berhubung perkara itu.

Pun begitu, beberapa hari selepas itu penduduk kampung mendapat tahu bahawa pasangan tersebut telah mengikat ikatan yang sah dan majlis telah diadakan di rumah pengantin perempuan.

Kemudian, muncul masalah di mana penduduk mendapat tahu bahawa pengantin ‘lelaki’ telah berhutang dengan jiran pengantin perempuan untuk melaksanakan majlis mewah tersebut.

Advertisement

Disebabkan perkara tersebut, warga penduduk kawasan itu mula melakukan siasatan latar belakang pengantin ‘lelaki’ terbabit.

Setelah dikenal pasti, ternyata mempelai ‘lelaki’ itu bukanlah berjantina lelaki tetapi perempuan.

“Dia memalsukan status sebagai wanita untuk berkahwin dengan pasangannya yang merupakan warga Kampung Pakuon,” katanya.

Abdullah berkata, semua pihak terpedaya dengan penyamaran ‘lelaki’ itu malah ibu bapa dan pengantin perempuan juga tidak mengetahui bahawa dia adalah seorang wanita.

“Jadi semua orang tertipu dengan penyamarannya,” tambahnya.

Advertisement

Sumber: Tv One News, Detik & Siakap Keli

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel