Tuesday, December 09, 2025

Emak Rancak Berborak, Remaja Minta Bantuan DJ Kenduri Buat Pengumuman Ajak Mak Balik Rumah

December 14, 2023
1 min read

Tular di media sosial video seorang remaja lelaki menggunakan khidmat DJ untuk membuat pengumuman bagi mengajak ibunya pulang ke rumah dalam sebuah kenduri kahwin.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @ahhcap, remaja itu berkongsikan saat di mana dia terpaksa meminta bantuan DJ kenduri untuk menjemput ibunya balik.

Pada awalnya, kelihatan beberapa ahli keluarga remaja berkenaan sedang menunggu ibu mereka.

Oleh kerana ibu mereka masih tidak muncul-muncul, maka mereka terpaksa meminta bantuan DJ yang bertugas membuat pengumuman di kenduri berkenaan.

“Kepada akak Linda, keluarga dah tunggu katanya. Kena announcement (pengumuman) dekat sini kau, dasyat betul.”

“Kepada akak Linda tadi, dekat mana akak Linda tu?” umum DJ berkenaan.

Sebaik mendengar pengumuman tersebut, kelihatan seorang wanita terus keluar dari khemah kenduri kahwin itu.

Dia dilihat seakan-akan tidak percaya dan menyangka namanya disebut oleh DJ berkenaan di saat kenduri sedang berlangsung.

Video tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi dari netizen, malah rata-rata mereka terhibur dengan keletah anak-anak wanita itu yang mengusik ibunya dengan cara sedemikian.

@ahhcap

Kata nak balik tapi masih berborak lagi..nahh sekali kene annoucement

♬ bunyi asal – ahhhcap

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Aceh Dilanda Banjir Lumpur, Dakwaan Bantuan Pertama Datang Dari Malaysia Tular di Media Sosial

ACEH – Banjir besar yang melanda Aceh terus meninggalkan kesan yang menyentuh

Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Subahat Kes Rasuah RM400,000

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Padang Serai Datuk Azman Nasrudin hari ini