Connect with us

Terkini

Sebijik sama! Netizen Kecam Founder ‘Sambal Nyet Khairi’ Ciplak Produk Khairul Aming

Pembeli setia Sambal Nyet keliru kerana terdapat dua ‘Sambal Nyet’ yang sama dijual melalui platform atas talian.

Ianya secara tidak langsung telah mengundang kemarahan netizen kerana individu tersebut didakwa menciplak sambal tersebut dari pempegaruh media sosial terkenal, Khairul Aming.

Sambal itu yang diberi nama Sambal Nyet Khairi itu dilihat seolah-olah menciplak sambal keluaran Khairul Aming di mana nama, pembungkusan dan rekaan stiker juga hampir 98% menyerupai sambal Khairul Aming.

Rata-rata netizen mengecam produk berkenaan yang didakwa sebagai tidak beretika dan mengambil jalan mudah untuk menjual produknya.

Advertisement

Tindakannya itu telah dikantoikan oleh seorang pengguna di laman aplikasi X apabila dia mendapati packaging dan stiker sambal itu memang persis produk Khairul Aming.

Malah, kad yang tertera bersama Sambal Nyet Khairi itu turut menunjukkan ucapannya kepada pembeli yang menyokong produk berkenaan.

“Anda menjadi dorongan yang penting bagi kami terus berusaha untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan kegemaran di kalangan masyarakat.

“Sila kongsikan keenakan tersebut bersama rakan rakan atau famili anda, ikhlas dari pasukan SNK,” katanya.

Ramai yang tertanya-tanya adakah boleh dan tidak salah untuk meniru brand produk lain? bagaimana pula dengan jenama yang sudah didaftarkan menjadi jenama yang telah dipatenkan secara sah?

Advertisement

Berikut adalah penerangan ringkas untuk kes sambal nyet Khairi daripada Helmi Khair, seorang penuntut PHD Law di UITM.

Menurut saudara Helmi Khair, Sambal Nyet Khairi telah melakukan satu tindakan yang berisiko tinggi. Situasi yang terjadi ini boleh jadi satu contoh buku teks tentang pelanggaran cap dagang.


Berdasarkan rekod MyIPO, cap dagang “Sambal Nyet Berapi” adalah milik Khairul Amin dan telah berdaftar dalam kelas 16 (pembungkusan) dan kelas 30 (sambal).

Jika dibandingkan kedua-dua cap dagang secara menyeluruh, terdapat persamaan yang ketara dari segi visual dan berpotensi mencetuskan kekeliruan terhadap sumber sebenar produk sambal.

Dalam hal ini, Helmi Khair mengatakan bahawa pengguna boleh terbeli “Sambal Nyet Khairi” kerana menyangka itu adalah “Sambal Nyet Berapi” milik Khairul Aming.

Pihak pemilik “Sambal Nyet Khairi” mungkin akan berhujah bahawa cap dagangnya berbeza sedikit dengan Khairul Aming – atas sebab komponen nama “Khairi” dalam cap dagang beliau.

Advertisement

Walaubagaimanpun, Helmi Khair kurang bersetuju dengan Khairi kerana pembeli masih lagi boleh terkeliru dek kerana sudah terbiasa dengan memori dan tanggapan umum terhadap cap dagang “Sambal Nyet Berapi” milik Khairul Aming (imperfect recollection test).

Jelas beliau, netizen boleh membuat rujukan dari ‘Federal Court in Ortus 2022, Federal Court in MI & M Corporation 1964, High Court in Syarikat Faiza Sdn Bhd 2017’.

Apa yang lebih menarik, Sambal Nyet Khairi telah mendapat sambutan luar biasa ketika dijual di platform atas talian apabila lebih 800 unit terjual di Shopee dan lebih 2800 unit terjual di TikTok Shop.

Bukan itu saja, ekoran plagiat yang dilakukan oleh pengusaha tersebut, ramai juga dilihat tersilap beli sambal nyet kerana keliru dengan produk asli daripada Khairul Aming.

Sementara itu, netizen di laman X dilihat bengang dan meminta Khairul Aming menyaman pengusaha Sambal Nyet Khairi.

Advertisement

Terkini Khairul Aming mengambil tindakan ke atas pengusaha yang meniru Sambal Nyet keluarannya.

Menerusi perkongsian di akaun rasmi X, Khairul Amin Kamarulzaman berkata, penjual tersebut sudah dikenal pasti dan surat tuntutan pelanggaran hak harta intelek telah diserahkan.

Katanya, sekiranya penjual tersebut gagal memenuhi lapan tuntutan yang diminta, pihaknya meneruskan dengan tindakan ke peringkat seterusnya.

“Saya selalu sokong peniaga kecil-kecilan tapi kalau nak berniaga bukan macam ini caranya. Kalau awak ada produk makanan ke sambal ke, jual lah tapi guna identiti dan jenama awak sendiri

“Dan pesanan saya untuk peniaga di luar sana, kalau ada kesempatan pergilah daftar ‘trademark’ bisnes anda.

Advertisement

“Boleh pergi daftar dan lindungilah bisnes anda supaya tak ada orang salah guna nanti. Akhir kata carilah rezeki berkat dan halal serta terima kasih buat semua yang sokong Sambal Nyet sejak tiga tahun lepas,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial seorang peniaga menjual ‘Sambal Nyet Khairi’ di platform e-dagang dengan menggunakan bungkusan dan pemasaran sama seperti produk Khairul Aming.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel