Connect with us

Hiburan

Rosyam Nor Mohon Maaf

Pelakon, Datuk Rosyam Nor, memohon maaf berhubung isu rumah pelacuran yang mendapat perhatian ramai sejak semalam.

Selepas kira-kira 48 jam berlalu, hari ini Rosyam Nor tampil menjelaskan bahawa cadangannya agar pihak berkuasa ‘menghalalkan’ pusat pelacuran khas itu adalah sekadar promosi untuk program podcastnya.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram dan Facebook, Rosyam Nor berkata, dia tidak menyangka video tersebut akan menjadi tular sehingga menimbulkan salah faham.

“Kecoh betul satu dua hari pasal isu rumah pelacuran yang kononnya saya buat kenyataan. Apa-apa hal, saya minta maaf dulu kerana tak sangka benda ini akan jadi viral yang besar,” kata Datuk Rosyam Nor.

Advertisement

Menurutnya, video tersebut merupakan sedutan daripada perbincangan dalam satu podcast.

Dia juga meminta orang ramai untuk menonton video penuh yang dimuat naik di laman TikTok Suhan Channel.

“Tapi sebenarnya itu adalah promo untuk program podcast di Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel tengok keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” ujar Datuk Rosyam Nor dalam video tersebut.

Rosyam sebelum ini melalui podcast Hitam Putih Kehidupan menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk bagi menyelamatkan wanita tempatan daripada dirogol warga asing.

Advertisement

Rosyam yang juga pelakon Suami, Isteri dan …..? itu membangkitkan pekerja asing yang meninggalkan isteri mereka di negara asal dan bimbang sekiranya tidak dapat mengawal nafsu mereka apabila bekerja di sini.

Rosyam bagaimanapun menegaskan itu hanya pandangan peribadinya dan seterusnya meminta penonton untuk menilai sendiri perbincangan itu di saluran berkenaan.

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel