Saturday, November 08, 2025

Pempengaruh Terkenal Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

February 4, 2024
1 min read

MELAKA: Seorang pempengaruh media sosial yang dikenali dengan nama Boss Mario dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Pertam Jaya, Semabok, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata kehilangan Yew Boon Xiang, 30, dilaporkan abangnya di Balai Polis Batang Tiga pada 9.35 malam semalam, selepas pempengaruh itu tidak menjawab panggilan telefon sejak pukul 8 pagi.

“Panggilannya yang berkali-kali tidak berjawab dan perkara itu tidak pernah berlaku. Disebabkan itu, abangnya pergi ke rumah Boss Mario di Taman Pertam Jaya, Semabok untuk memeriksa keadaan, namun adiknya itu tidak ada di rumah.

“Hasil semakan menerusi rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) mendapati adiknya itu keluar rumah dengan menaiki keretanya jenis Honda City pada 3 pagi, sebelum dia mendapat tahu bahawa kereta itu diletakkan di kawasan Pantai Klebang dalam keadaan berkunci pada 6 petang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan Boss Mario agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Sementara itu berita kehilangan Boss Mario yang mempunyai seramai 222,000 pengikut di Facebook itu tular di media sosial.
— BERNAMA

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

Model Rusia Buat Laporan Polis, Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Lucah Ketika Live

KUALA LUMPUR – Seorang model warga Rusia, Alice Kasimova, tampil membuat laporan

Selepas 7 Tahun, Ibu ‘Mukagengster’ Peluk Islam – “Akhirnya Mak Titew…”

KUALA LUMPUR – Pemuda yang pernah tular dengan kisah penghijrahannya memeluk Islam,