Saturday, November 15, 2025

Kerajaan Umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 Kepada Penjawat Awam Gred 56 Ke Bawah

April 1, 2024
1 min read

Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah yang akan dibayar pada Jumaat ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju menyalurkan BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.

“Jadi hari ini, bersamaan 21 Ramadan 1445, saya umumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

“Sebanyak RM250 BKK Aidilfitri kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, insya-Allah saya sudah maklumkan kepada Perbendaharaan supaya BKK Aidilfitri disalurkan mulai Jumaat ini, 5 April 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di PUSPANITAPURI, hari ini.

Sumber: Harian Metro

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

HANGAT MINGGU INI

‘Bermejakan Baldi, Berlantaikan Pasir’: Keteguhan Pelajar PhD Palestin di IIUM Terus Jadi Inspirasi

GAZA – Dalam suasana bergolak dan penuh ketidaktentuan, kisah ketabahan seorang pelajar

Rahsia gelap terbongkar, anak dedah bapa simen jasad ibu belakang tandas

Penemuan rangka manusia dalam sebuah rumah membongkar satu rahsia gelap yang disimpan