Connect with us

Terkini

Remaja 19 tahun dinamakan bilionair termuda dunia

WASHINGTON: Remaja dari Brazil Livia Voigt yang berusia 19 tahun, dinamakan sebagai bilionair termuda dunia.

Berdasarkan senarai Indeks Bilionair Forbes 2024, Livia telah merampas gelaran itu daripada seorang remaja Itali, Clemente Del Vecchio, yang hanya dua bulan lebih tua daripadanya.

Livia ialah pewaris salah satu pengeluar motor elektrik terbesar di rantau Amerika Latin.

Remaja itu ialah pemegang saham individu terbesar di WEG, sebuah syarikat yang datuknya, Werner Ricardo Voigt adalah pengasas bersama.

Advertisement

Memetik laporan Forbes, Livia kini seorang penuntut universiti dan bukan sebahagian daripada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Nilai bersih kekayaannya ialah AS$1.1 bilion (kira-kira RM4.7 bilion).

Bukan sahaja Livia Voigt, malah kakaknya Dora Voigt de Assis juga antara tujuh nama baharu dalam senarai 25 bilionair termuda Indeks Bilionair Forbes, tahun ini.

Dora, 26, mempunyai nilai bersih AS$1.1 bilion (kira-kira RM4.7 bilion) dan memiliki ijazah seni bina.

Dalam pada itu, laporan Forbes turut menyatakan semua bilionair yang lebih muda daripada 30 tahun, mewarisi kekayaan mereka daripada keluarga.

Advertisement

Secara keseluruhan, terdapat 2,781 bilionair dalam Indeks Bilionair Forbes 2024. Jumlah itu dijangka meningkat pada tahun akan datang apabila generasi tua bersiap sedia untuk mengagihkan kekayaan mereka kepada anak-anak mereka.

Tinjauan menerusi kajian oleh majalah Forbes mendapati terdapat 15 bilionair berumur 30 tahun ke bawah, tetapi tidak ada yang mencipta kekayaan mereka sendiri, sebaliknya mewarisinya daripada keluarga.– Agensi

Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel