Connect with us

Berita Lain

China lancar kempen antihalal

GAMBAR fail bertarikh 14 Julai 2009 menunjukkan etnik Islam
Uighur berjalan di hadapan Bazar Besar di bandar Urumqi, wilayah Xinjiang,
China. AFP

SHANGHAI – Ibu negeri wilayah Xinjiang, Urumqi yang didiami
oleh etnik minoriti Islam Uighur melancarkan kempen menentang produk halal bagi
menghalang agama Islam daripada mengubah gaya hidup sekular dan mengapi-apikan
fahaman ekstremis.
Dalam satu mesyuarat pada Isnin lalu, ketua Parti Komunis
Urumqi mengetuai kader-kader mengangkat sumpah untuk ‘menentang habis-habisan
produk halal’, demikian menurut notis yang disiarkan dalam akaun WeChat rasmi
pihak pentadbiran bandar itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

China dikritik teruk oleh kumpulan-kumpulan hak asasi
manusia dan kerajaan asing berikutan laporan negara itu menahan sehingga sejuta
penduduk Islam Uighur di Xinjiang.
Beijing menafikan ia secara sistematik melanggar hak orang
Islam di Xinjiang dan memberi alasan bahawa kempen penahanan tersebut
menyasarkan golongan pelampau yang cuba memecahbelahkan rantau itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Akhbar Global Times melaporkan semalam bahawa tuntutan
supaya ‘benda menjadi halal yang sebenarnya tidak boleh menjadi halal’ telah
mengapi-apikan kebencian terhadap agama lain dan membenarkan Islam mempengaruhi
corak kehidupan sekular.
Sebagai sebahagian kempen antihalal tersebut, ketua pendakwa
raya Urumqi, Ilshat Osman menulis sebuah esei bertajuk: “Kawan, anda tidak
perlu mencari restoran halal semata-mata untuk saya”.
Menurut kenyataan di WeChat itu, kakitangan awam tidak wajar
memilih makanan, manakala kantin di tempat kerja akan diubah supaya kakitangan
dapat mencuba semua jenis hidangan tanpa mengira status halal.
Kepimpinan Parti Komunis di Urumqi juga berkata, mereka akan
mewajibkan kakitangan awam dan anggota parti supaya percaya sepenuhnya kepada
ideologi komunis dan bukannya agama.
Rakyat China secara teorinya bebas mengamalkan mana-mana
agama tetapi mereka menjadi sasaran pengawasan yang semakin ketat ketika
pemerintah cuba meletakkan agama di bawah kawalan Parti Komunis. – Reuters

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel