Respect is earned, kata Tun Mahathir.
Malaysia mengamalkan prinsip menghormati dua hala dan Israel jelas mencabuli hak kemanusiaan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum itu berucap sempena lawatannya ke Cambridge Union Society yang menjadi lokasi pertemuan persatuan debat paling tua di dunia.
Cambridge Union Society merupakan antara medan terbaik dunia dalam forum pertukaran idea serta seni perdebatan umum sejak 1815.
Dalam sesi soal jawab selepas berucap di Cambridge Union Society baru-baru ini, Tun Mahathir turut membidas dakwaan masyarakat antarabangsa bahawa penggunaan minyak kelapa sawit menjejaskan ekosistem alam semulajadi.
Tun Mahathir menyifatkan penilaian itu terhadap keputusan Malaysia untuk menggunakan minyak kelapa sawit sebagai tidak adil dan langsung tidak boleh diguna pakai. – Malaysian Update
Baca: Dakwa minyak kelapa sawit Malaysia jejas ekosistem alam, Tun M soal Di mana Robin Hood?
Baca: Negara Eropah diminta henti burukan kelapa sawit – Tun M