Connect with us

Berita Lain

Felda perlu dana RM955 juta untuk projek perumahan generasi baru


Felda memerlukan suntikan dana sebanyak RM955 juta untuk
menyiapkan projek Perumahan Generasi Baharu Felda yang kini dikelaskan sebagai
tergendala, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dr Mohd Radzi Md Jidin.
Katanya Felda sebelum ini komited untuk membangunkan
sebanyak 8,314 unit rumah di bawah projek itu dengan kos pembangunan kasar
RM1.65 bilion.
“Daripada jumlah tersebut 1,234 unit siap sepenuhnya
dengan 563 unit telah diserah dan 671 unit lagi masih di peringkat pemilihan
peserta, sebanyak 5,346 unit masih dalam pembinaan manakala 1,734 unit lagi
dikelaskan sebagai terbengkalai.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Felda telah membelanjakan sebanyak RM696 juta di mana
RM200 juta adalah daripada peruntukan kerajaan melalui Bajet 2017 dan RM496
juta melalui sumber dalaman Felda,” katanya ketika menggulung perbahasan
usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada
persidangan Dewan Negara, hari ini.
Katanya kerajaan berpandangan bahawa Felda perlu mencari
penyelesaian segera bagi mengatasi isu perumahan terbengkalai dan menggiatkan
semula program perumahan yang tergendala itu.
Sehubungan itu, katanya Felda perlu melihat semula fungsinya
sebagai pelaksana program pembangunan perumahan tersebut dan tidak terbabit
sebagai pemaju perumahan secara langsung kerana ia bukan sahaja melibatkan soal
kepakaran dan pengalaman bahkan paling utama kemampuan kewangan Felda itu
sendiri.
“Bagi mengelakkan projek perumahan tergendala ini,
pihak pengurusan Felda mesti sedar bahawa ada beberapa pilihan tindakan boleh
diambil termasuk membuka ruang kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan
untuk membantu Felda (dalam menyelesaikan projek itu) selain meneruskan dan
mempertingkatkan lagi kerjasama dengan kerajaan negeri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Sebagai contoh, kerjasama Felda dengan Syarikat
Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan juga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
(PKNS) yang dimulakan pada November 2017 di mana PKNS membangunkan projek
perumahan itu di Felda Sungai Tengi Selatan, Hulu Selangor dan projek itu telah
memenuhi matlamatnya,” katanya.
– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel