Connect with us

Berita Lain

Wang Tunai Dalam 11 Beg Selesai Dikira


WANG tunai dianggarkan berjumlah puluhan juta ringgit dalam
11 beg selesai menjalani proses pengiraan di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan
Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala
Lumpur, malam tadi.
Beg berkenaan adalah sebahagian daripada 72 beg dirampas
polis dalam pemeriksaan terhadap tiga unit kediaman milik keluarga bekas
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kenalannya bergelar Tan Sri di
Pavilion Residences, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Difahamkan, sebelum itu sebanyak 26 beg berisi wang tunai
dibawa ke bangunan JSJK itu untuk proses pengiraan, namun hanya 11 beg berisi
wang selesai menjalani proses pengiraan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Susulan itu, baki 15 beg yang masih belum dikira dilihat
dibawa keluar bermula jam 8.55 malam tadi sebelum dimasukkan ke dalam lori
polis yang menunggu di tingkat bawah lobi menara berkenaan. Proses membawa wang
berkenaan dikendalikan oleh pegawai dan anggota JSJK dengan diberi kawalan
ketat anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, lengkap bersenjata api.
Tepat jam 9 malam tadi, lori berkenaan diiringi dua kereta
peronda polis (MPV) model Mitsubishi Lancer dan empat motosikal polis trafik
serta lima kereta Proton Preve dipercayai menuju ke Bukit Aman.
Tidak lama kemudian 11 lagi beg berisi wang yang sudah
dikira turut dibawa keluar dari bangunan itu untuk dihantar ke Bank Negara
Malaysia (BNM).
Wartawan yang melakukan tinjauan mendapati sepasukan pegawai
dan anggota polis membawa keluar 26 beg itu dengan diberi kawalan ketat.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beg itu adalah sebahagian daripada 72 beg diambil JSJK Bukit
Aman di Pavilion Residences, Khamis lalu selepas siasatan dilakukan sejak Rabu
lalu.
Berdasarkan maklumat diperoleh, proses pengiraan wang
dilakukan oleh pegawai dan anggota JSJK bermula 10 pagi semalam.
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh
ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara berkenaan, namun enggan mengulas
lanjut proses pengiraan wang itu.
Ia bagi mengelakkan wujud pelbagai spekulasi tidak benar
berhubung wang tunai dan barang yang dirampas dalam pemeriksaan JSJK sebelum
ini.

– Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel