Tular satu video di media sosial memaparkan sebuah kereta jenis Toyota Alphard yangberwarna hitam dipercayai milik seorang timbalan menteri dipandu secara berbahaya di Jalan Bukit Marak- Binjai, Kota Bahru.
Difahamkan, kenderaan tersebut didakwa dipandu oleh pemandunya dengan kalut kerana sudah terlambat untuk ke lapangan kapal terbang.
“Pemandu yang dalam tugasan hendak cepat dan memotong kenderaan di hadapannya di samping menyalakan lampu isyarat kecemasan dan memastikan keadaan selamat sebelum memotong kenderaan dihadapannya di atas garisan berkembar tersebut.”
“Semasa kejadian dia seorang diri memandu dari rumahnya hendak menghala ke rumah majikan untuk dihantar ke lapangan terbang.”
“Pemandu itu bertindak memotong di garisan berkembar kerana ingin sampai cepat di rumah majikannya kerana penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 17.50 petang,” kata sumber.
Semalam, Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kelantan Supt Suhaimi Jusoh mengesahkan telah menerima satu laporan berhubung kejadian terbabit yang akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Rakaman berdurasi 38 saat itu dirakam oleh seorang pengguna jalan raya sebelum menjadi tular sehingga mengundang kecaman dalam kalangan warganet.
Baru jadi Timbalan Menteri dah rasa macam Raja. Takdir!!! pic.twitter.com/ZqtI0nfU1y
— Zack Rockstar (@zack_rockstar) September 26, 2021
Dapatkan info dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI