Connect with us

Hiburan

Bersalah edar dadah, penyanyi lagu ‘aishiteru’ dihukum penjara 18 tahun

Vokalis Zivilia band yang terkenal dengan lagu ‘aishiteru’ terkenal Zivilia, Zulkifli sebelum ini telah ditahan polis selepas terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis syabu serta mengedar bahan terlarang berkenaan.

Zulkifli bersama tiga lagi rakannya ditahan dalam satu serbuan bersama bahan terlarang seberat 9.5 kilogram serta 24 ribu biji pil ecstacy.

Media melaporkan pada bulan Mac 2019 dia telah ditangkap oleh polis sebab terlibat dengan dadah dan memiliki kuantiti dadah yang banyak. Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Keputusan hakim itu telah membuatkan isteri Zulkifli, Retno Paradinah tidak dapat menahan sebak dan terduduk di tepi jeriji besi kerana suami tercinta terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di dalam penjara.

Advertisement

“Hakim memutuskan Zul dipenjara seumur hidup. Mendengar hal tersebut si isteri menangis histeria.”

Namun menerusi laporan terkini setelah melalui beberapa perbicaraan, pihak mahkamah akhirnya meringankan hukuman pelantun lagu ‘aishiteru’ tersebut dan hanya dikenakan hukuman penjara selama 18 tahun.

“Dijatuhkan hukuman terhadap terdakwa Zulkifli bin Jamaluddin dengan hukuman penjara selama 18 tahun dan denda sebanyak Rp1 bilion. Apabila tidak dibayar maka diganti dengan hukuman penjara satu tahun,” – Hakim.

Tiga lagi rakannya pula dijatuhkan hukum penjara selama 20 tahun dan seumur hidup.

‘Sebenarnya mahkamah jatuhkan hukuman penjara seumur hidup tapi dikurangkan jadi 18 tahun. Kawan dia yang lain ada yang 20 tahun dan kawan yang dia baru kenal tu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.”

Advertisement

Retno memohon agar orang ramai mendoakan suaminya sentiasa berada dalam keadaan sihat serta pulang ke pangkuan keluarga dan anak-anak dengan cepat.

@malaysianupdatenews Bersalah edar dadah, penyanyi lagu ‘aishiteru’ dihukum penjara 18 tahun. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #indonesia #jenayah ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel