Connect with us

Mahkamah

Korperal polis didakwa terima rasuah RM2,000

KUANTAN, 12 Mei (Bernama) — Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,000 daripada seorang lelaki, tahun lepas.

Tertuduh, 57, yang bertugas di Bahagian Operasi dan Cegah Jenayah, Balai Polis Kuala Bera, Bera didakwa memperoleh suapan wang tunai RM1,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak menangkap anak lelaki itu yang memiliki kenderaan klon iaitu kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh juga didakwa atas perbuatan serupa melibatkan wang berjumlah RM1,000 daripada individu sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Balai Polis Kuala Bera pada 19 Mei 2021 dan di rumah rakit Kampung Bukit Serdang, Kuala Bera pada 2 Jun dan 5 Sept 2021.

Advertisement

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Siti Sarah Zainal Abiddin menawarkan jaminan RM10,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya jumlah itu dikurangkan kerana berpendapatan RM1,900 serta mempunyai tujuh tanggungan termasuk tiga anak yang masih bersekolah.

Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM setiap bulan sehingga kes selesai serta menetapkan 14 Jun depan untuk sebutan semula kes.

— BERNAMA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel