Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan pendiriannya untuk tidak bekerjasama bersama Pakatan Harapan.
“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan. Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.
“No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.
Hishammuddin mengeluarkan kenyataan sedemikian hanya beberapa minit selepas sidang media kepimpinan BN yang diketuai presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berlangsung di Pasific Hotel, Kuala Lumpur.
Desas-desus mengenai kerjasama di antara PH yang memenangi 82 kerusi bersama BN (30 kerusi) semakin bertiup kencang susulan perjumpaan pimpinan tertinggi kedua-dua gabungan tersebut.
Jemput subscribe Youtube rasmi Malaysian Update DI SINI
Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI
Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI