Connect with us

Berita Lain

PM Rasmi Pangkalan TUDM Sendayan

SEREMBAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba bagi merasmikan Pangkalan Udara Sendayan di sini, hari ini.

Beliau yang tiba pada 9.20 pagi disambut oleh Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pertahanan yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Turut sama menyambut perdana menteri Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, barisan Exco kerajaan negeri serta pegawai TUDM.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sejurus tiba perdana menteri menandatangani plak perasmian di Pintu Gerbang Utama PU Sendayan dan disaksikan Hishammuddin, Raja Mohamed Affandi, Affendi serta tetamu kehormat yang lain.
Perdana menteri kemudian menekan butang sebagai gimik perasmian.
Najib kemudian diiringi ke pentas dan menyaksikan persembahan drumline.
Perdana Menteri juga mendengar taklimat pembangunan projek PU Sendayan oleh Pengarah Urusan Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin serta tayangan video pembangunan pangkalan itu di Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara (MPPLU).
Perdana Menteri kemudian ke Medan Perbarisan untuk pemeriksaan perbarisan.
Dalam rangka lawatan itu, beliau kemudian meninjau Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta segala proses pembangunan yang dilaksanakan di PU Sendayan yang dibina di kawasan seluas 303.5 hektar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pangkalan itu menempatkan kompleks sukan, padang golf (sembilan lubang), kemudahan ekuestrian, kolam renang, pusat Islam dan kompleks kediaman.
Berbanding PU Kuala Lumpur yang hanya mempunyai 250 kuarters kediaman, PU Sendayan dibina dengan 693 unit kuarters kediaman pelbagai kategori termasuk banglo, rumah berkembar dua dan pangsapuri untuk pegawai dan anggotanya.
Projek membangunkan PU Sendayan, yang dimulakan pada 2013, dirancang untuk dijadikan pusat latihan iktisas atau profesional bagi melatih pegawai dan anggota dalam bidang logistik, pentadbiran dan pengurusan.
PU Sendayan juga bakal menjadi pusat latihan profesional terbesar negara untuk pegawai dan anggota TUDM dan akan menghimpunkan kesemua tiga pusat latihan TUDM di Subang dan Kinrara, Selangor dan Pulau Pinang untuk berada di bawah satu bumbung.
Fasiliti itu, yang terletak kira-kira 12km dari Seremban, bagaimanapun tidak mempunyai landasan penerbangan kerana ia tidak melibatkan operasi penerbangan.
Pembangunan PU Sendayan yang berkeluasan tiga kali ganda daripada saiz fasiliti sedia ada, merupakan sebahagian daripada rancangan penyusunan semula PU Kuala Lumpur di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur, yang akan dibangunkan menjadi Bandar Malaysia. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel