Connect with us

Berita Lain

Rais Tegur Umno, Mana Bahasa Melayu?


SHAH ALAM – Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais
Yatim menegur jentera Umno yang dilihat terlalu mengagung-agungkan bahasa
Inggeris berbanding bahasa ibunda menjelang PRU14 ini.
Menurutnya, perkataan-perkataan Inggeris yang digunakan ada
penggantinya di dalam bahasa Melayu.
“Sayang sekali Umno sangat terikut-ikut guna bahasa
Inggeris. ‘Dry run, war room, candidate’ dan lain-lain.

“Mereka tak mahu guna raptai pilihan raya atau bilik
gerakan. Apa, bahasa Melayu tak ada gah kah?,” katanya di dalam Twitternya
sebentar tadi.
Selain itu, Rais yang pernah memegang pelbagai jawatan dalam
parti dan kerajaan turut mengingatkan pemimpin Umno sekarang supaya
mengutamakan bahasa Melayu berbanding bahasa lain.
“Memperjuangkan bahasa Melayu dan budaya adalah di
bawah Fasal 3 Perlembagaan Umno, lupa?” katanya.



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel