Connect with us

Berita Lain

‘Berkasar’ Dengan Siti Hasmah Tak Menguntungkan, Jejas Imej Kerajaan – Ku Li

Foto: Fb Haniff Khatri


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh
Hamzah menyifatkan ‘tindakan kasar’ pihak berkuasa dalam beberapa situasi hanya
akan memberi kesan buruk kepada kerajaan.
Katanya, ini termasuklah halangan terhadap forum awam
anjuran G25 yang sepatutnya diadakan di lokasi lain serta soal siasat terhadap
Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, lapor Sinar Harian.
“Penganjur forum hari ini terpaksa tukar lokasi walaupun
sudah bayar deposit dan permit pula dibatalkan. Ini akan menimbulkan simpati
dan sokongan kepada organisasi sebegini kerana mereka bukannya orang politik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tak menguntungkan jika pihak berkuasa bertindak kasar
seperti ini. Dan mereka soal siasat Siti Hasmah, saya tak rasa ia betul, kenapa
tidak tangkap Mahathir saja? Tindakan sebegini hanya menimbulkan lebih banyak
kisah kurang enak dan kesan buruk kepada parti pemerintah,” katanya kepada
media selepas menyampaikan ucaptama di forum berjudul ‘Reformasi untuk Malaysia
Progresif’ anjuran pertubuhan G25, di sini, hari ini.
Semalam, polis merakamkan kenyataan Siti Hasmah berhubung
ucapannya pada himpunan ‘Wanita Bantah Politik Toksik’ 10 September 2017.
Anggota polis dari Bukit Aman menyoal siasat Siti Hasmah,
yang juga isteri Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan
Al Bukhary, Kuala Lumpur hampir dua jam.
Sementara itu, mengulas mengenai pemilihan Mahathir sebagai
calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tengku Razaleigh berkata, ia hanya boleh
direalisasikan jika parti diwakili Mahathir menang majoriti kerusi.
“Pakatan Harapan mungkin dah pilih calon perdana menteri
jika mereka menang. Namun ada empat parti dalam Pakatan Harapan dan jika parti
Mahathir menang majoriti paling banyak, mereka ada peluang untuk calonkan
pemimpin mereka.
“Tapi jika mereka menang dua atau empat kerusi, Mahathir
tidak mungkin mendapat sokongan penuh (parti lain). Tapi saya tidak tahu kerana
saya tidak berada dalam Pakatan Harapan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ditanya sama ada Mahathir akan membawa perubahan sekiranya
dipilih sebagai perdana menteri, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak dapat
menjangkakannya.
“Kalaulah saya ada bola kristal (untuk meramal masa depan).
Namun, Mahathir sudah jadi perdana menteri selama 22 tahun.

“Beliau sudah tunjukkan bagaimana dirinya, adakah harimau
akan menukar belangnya? Mungkin juga beliau akan berubah dengan bimbingan
pemimpin lain dalam partinya, kita tak boleh jangka,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel