Connect with us

Berita Lain

Tempoh 24 Jam Untuk Mohon Maaf


SEREMBAN – Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Sembilan (MPN)
memberi tempoh 24 jam kepada pemilik Facebook, Shiva Carlos untuk membuat
permohonan maaf atau berhadapan tindakan undang-undang.
Ia berikutan status yang dimuatnaik dua hari lalu yang
menuduh Ketua Keadilan Cabang Rembau, Yusof Tapar menjual kerusi Dun Rantau
kepada Penyelaras Keadilan Dun Rantau, Dr Streram Sinnasamy sebanyak RM3 juta.
Setiausaha Pengelola MPN negeri, Rusli Abdullah berkata,
tuduhan yang dibuat Shiva Carlis itu sangat serius.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, jika Shiva Carlos mempunyai bukti, beliau boleh
membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Bagaimanapun, jika ini hanyalah tuduhan liar dan tidak
mempunyai asas, kita mahu Shiva Carlos mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi
statusnya beserta memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada dua individu yang
dikaitkan dengan tuduhannya itu.
“Kita beri tempoh 24 jam ini untuk permohonan maaf
tersebut, dan jika dia gagal berbuat demikian, pihak Keadilan Negeri Sembilan serta
Keadilan Cabang Rembau tidak teragak-agak akan membuat laporan polis untuk
diambil tindakan perundangan terhadapnya,” katanya dalam sidang media di
Pejabat Keadilan Dun Rantau di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Keadilan Negeri Sembilan, Aminuddin
Harun.
Beliau berkata, pertuduhan yang dilemparkan dilihat amat
jahat, berniat untuk memecah belahkan perpaduan antara ahli PKR di negeri ini.
Kata Rusli, pihaknya ingin menegaskan bahawa Ketua mana-mana
Cabang tidak boleh melantik mana-mana individu untuk menjadi calon pilihanraya
Dun ataupun Parlimen tetapi hanyalah sekadar dibenarkan mencadangkan beberapa
nama untuk diketengahkan sebagai bakal calon untuk pilihan raya umum akan
datang.
“Nama Dr Streram Sinnasamy adalah salah satu nama yang
dihantar oleh Ketua Cabang Rembau untuk dipertimbangkan sebagai bakal calon
oleh presiden parti.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Justeru, tuduhan yang mengatakan kerusi ini dijual
dengan harga RM3 juta adalah sangat tidak munasabah.
“Sekiranya Dr Streram ingin membeli kerusi ini sudah
tentu beliau akan membayar kepada orang yang membuat keputusan dan bukan kepada
orang yang mencadangkan nama beliau,” katanya.
Sementara itu, Yusof berkata, tuduhan yang dilemparkan itu
sedikit sebanyak telah mencemar nama baiknya dan Dr Streram.
“Saya dan Dr Streram tidak akan sekali-kali terbabit
dalam amalan rasuah ini, dan kami berdua berpegang kepada prinsip yang selama
ini diperjuangkan adalah untuk rakyat,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel