SEOUL – Seorang tentera Korea Utara yang cedera parah
selepas ditembak ketika melintasi sempadan menuju ke Korea Selatan sudah
dipindahkan ke sebuah hospital tentera, kata seorang pegawai perisik Korea
Selatan, hari ini.
selepas ditembak ketika melintasi sempadan menuju ke Korea Selatan sudah
dipindahkan ke sebuah hospital tentera, kata seorang pegawai perisik Korea
Selatan, hari ini.
Tentera Korea Utara, Oh Chong Song, 24, dipindahkan ke
hospital tentera semalam dari pusat trauma di Hospital Universiti Ajou di
selatan Seoul di mana dia dirawat akibat luka tembakan dan dua pembedahan
sebelum ini.
hospital tentera semalam dari pusat trauma di Hospital Universiti Ajou di
selatan Seoul di mana dia dirawat akibat luka tembakan dan dua pembedahan
sebelum ini.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
“Oh sudah pun dipindahkan ke hospital tentera Korea Selatan
dan perkhidmatan perisikan akan dijadualkan memproses soal siasat berkaitan
keselamatan dengan bergantung kepada keadaan Oh,” kata pegawai perisikan
memberitahu Reuters.
dan perkhidmatan perisikan akan dijadualkan memproses soal siasat berkaitan
keselamatan dengan bergantung kepada keadaan Oh,” kata pegawai perisikan
memberitahu Reuters.
Beliau turut enggan memberikan jadual spesifik soal siasat
berkaitan Oh itu.
berkaitan Oh itu.
Oh cedera parah selepas ditembak oleh tentera Korea Utara
ketika sedang melarikan diri melintasi sempadan menuju Korea Selatan pada
November lalu.
ketika sedang melarikan diri melintasi sempadan menuju Korea Selatan pada
November lalu.
Kemudian, tiga tentera Korea Selatan yang menyelamatkan Oh
membawanya menaiki sebuah helikopter tentera, Black Hawk Amerika Syarikat (AS)
dan bergegas memberikan rawatan pembedahan.
membawanya menaiki sebuah helikopter tentera, Black Hawk Amerika Syarikat (AS)
dan bergegas memberikan rawatan pembedahan.
(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});
“Kakitangan pembedahan di Hospital Angkatan Tentera
berterusan menyediakan penjagaan dan rawatan kepada Oh,” kata seorang pegawai
Kementerian Pertahanan Korea Selatan.
berterusan menyediakan penjagaan dan rawatan kepada Oh,” kata seorang pegawai
Kementerian Pertahanan Korea Selatan.
– Reuters/BH Online