Connect with us

Berita Lain

Dr. Mahathir, Muhyiddin Sembunyi Rekod Kewangan?


KUALA LUMPUR 25 Nov. – Pucuk kepemimpinan ter­tinggi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri
Muh­yid­din Yassin didakwa menyembunyikan rekod ke­wangan parti yang antara
lain menghuraikan sumbang­an atau derma yang di­terima daripada pihak luar.
Peng­a­sas PPBM, Kamarul Zaman Habibur Rahman yang tidak
lagi bersama parti itu mendedahkan, berdasarkan Per­lembagaan PPBM, parti
sepatutnya mengisy­tihar sumbangan dana atau derma kepada Majlis Pimpinan
Tertingginya, namun setiap kali beliau hadir ke mesyua­rat parti perkara itu
tidak dibuat.

Dakwanya, keadaan itu amat mengelirukan beliau serta
ahli-ahli PPBM kerana parti selama ini begitu melaung-laungkan soal ketelusan
dan mengkritik musuh politik yang didakwa tidak mengamalkan integriti tinggi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya ingin melihat PPBM mengadakan Mesyuarat Agung
Tahunannya (AGM) kerana mahu ahli-ahli mempersoalkan perkara ini. Saya harapkan
ada ketelusan untuk mengisytihar berapa jumlah dana yang dikumpul daripada ahli
dan derma yang diterima.
“Selama ini PPBM mengkritik pihak luar kononnya ada berlaku
penyelewangan, tetapi mereka sendiri tidak pernah isytiharkan kewangan sendiri
(kepada ahli parti),” katanya semasa menjadi seorang daripada ahli panel bual
bicara bertajuk Krisis Perlembagaan PPBM: Apa Kesudahannya? di sini Khamis
lalu.
Beliau mendakwa, terdapat kemungkinan AGM sengaja tidak mahu
diadakan oleh PPBM kera­na terdapat beberapa individu yang kini memegang
jawatan tinggi di dalam parti tidak mahu kedudukan mereka tergugat.
Beliau juga percaya sekiranya AGM PPBM diadakan, satu malapetaka
boleh berlaku terhadap parti itu memandangkan ahli-ahli­nya sendiri mempunyai
banyak perkara mahu yang dipersoalkan terutamanya mengenai kedudukan dan
perjuangan parti.
“Sikap pucuk kepemimpinan PPBM mengecewakan dan membuatkan
ahli-ahli parti yang selama ini bertungkus-lumus mencari ahli baharu,
menghabiskan wang ringgit dan tenaga untuk menggerakkan parti menjadi mangsa
keadaan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada masa sama, kata beliau, kegagalan PPBM mematuhi
Perlembagaannya untuk mengadakan AGM dalam tempoh setahun atau meminda
Perlembagaan tanpa mendapat persetujuan perwakilan sudah dijangka sewaktu parti
itu belum ditubuhkan lagi kerana mendapati pimpinan ter­tingginya tidak
mengambil tahu usaha menggerakkan parti di pe­ringkat negeri dan bahagian.

Advertisement
“Mungkin ada perkara lain bermain di fikiran mereka yang
baru dipecat daripada UMNO. Tetapi kerana tidak mempedulikan soal parti, PPBM
semakin lama semakin bermasalah,” katanya

– Utusan Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel