KUALA LUMPUR 18 Okt. – Petter Bellew menyatakan peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB) tiada kaitan dengan campur tangan dari Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dalam pengurusan syarikat penerbangan negara itu.
Sebaliknya ujar beliau, Khazanah banyak menyokong beliau secara peribadi dan korporat serta amat berterima kasih kepada pemegang saham utama syarikat tersebut yang banyak membantu mempercepatkan transformasi MAB.
Loading…
(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();
“Saya cuba menjadi telus setiap hari. Saya cuba melibatkan Khazanah dalam semua mesyuarat yang penting selain membawa kakitangan mereka untuk membantu kami dan ia berjalan dengan lancar.
“Ramai yang bertanya bagaimana saya berhadapan dengan campur tangan kerajaan? Pada saya, tiada. Sifar campur tangan. Biarpun mereka sering ‘pening kepala’ dengan pertanyaan dan pendekatan saya, saya tidak mampu membalas budi dan jasa baik mereka dengan transformasi yang kami lakukan. Tan Sri Azman (Mokhtar) sentiasa memberi sokongan. Terima kasih Khazanah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Bellew dilaporkan akan meninggalkan syarikat penerbangan negara ini dan kembali semula ke Ryanair Ltd. (Ryanair) dan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi pada 1 Disember ini.
Beliau akan bertanggungjawab terhadap operasi pesawat, kejuruteraan dan pengendalian di bahagian darat tetapi lebih khusus kepada melahirkan juruterbang, latihan dan pembangunan karier.
Sementara itu, Bellew yang juga warganegara Ireland memberitahu, keputusannya meninggalkan MAB adalah untuk berkhidmat kembali di Ryanair adalah atas dasar cintakan negara asalnya.
“Kenapa saya mahu pergi? Negaraku. Cintakan negara mendorong saya kembali ke Ireland,” ujarnya.
Menurutnya, beliau menerima panggilan daripada syarikat tambang murah, Ireland itu sekitar dua minggu lalu untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi mereka.
“Ryanair merupakan syarikat yang hebat. Mereka memerlukan pertolongan saya dan ia adalah tugasan yang amat mencabar. Saya menyifatkan panggilan itu sebagai khidmat kepada negara.
“Sebelum itu, sewaktu saya ditanya sama ada mahu kembali semula ke Ryanair pada 27 September lalu, saya sudah menolaknya. Namun seminggu kemudian, saya menerima panggilan yang sama dan sukar untuk saya menolaknya. Saya mahu dekat semula dengan keluarga dan rakan-rakan di sana,” ujarnya.
Tambahnya, MAS sangat istimewa kerana ia bukan sekadar syarikat penerbangan, tetapi merupakan simbol terawal yang menaikkan nama Malaysia ke persada dunia.
“Kebanyakan negara berharap agar MAS akan kembali berkembang maju dan menjadi kebanggaan Malaysia. Ia merupakan satu usaha pemulihan yang amat sukar.
“Kejayaan berada dalam genggaman kita. Hanya 4-5 peratus lagi untuk mencapai keuntungan. Tidak mudah untuk mendapatkannya, tetapi pada suku kedua, pendapatan meningkat kepada 7 peratus,” ujarnya.
Sementara itu, Khazanah menyangkal laporan akhbar berbahasa Inggeris yang kononnya sayap pelaburan negara itu menjadi punca Bellew mahu meninggalkan MAB.
“Akhbar itu mendakwa kononnya Bellew meletak jawatan disebabkan oleh campur tangan Khazanah oleh sumber yang tidak dinamakan dalam laporan itu. Ia adalah salah dan mengelirukan,” kata Khazanah.
Khazanah turut menegaskan bahawa tiada pegawai Khazanah yang dihubungi oleh akhbar itu sebelum perkara tersebut diterbitkan.
Menurutnya, seperti yang diperuntukkan oleh Pelan Pemulihan MAS yang dikeluarkan pada 29 Ogos 2014 oleh Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) Akta 2015 (Akta MAS 2015), penstrukturan semula Malaysia Airlines Berhad (MAB) adalah mengikuti rangka kerja tadbir urus dan kelulusan yang baik.
Katanya, ahli lembaga pengarah MAB dan pengurusan menghantar pelan utama mereka kepada Khazanah sebagai pemegang saham tunggal dan pemberi dana penyusunan semula dan secara kolektif.
“Kami telah bekerjasama rapat untuk menyampaikan kemajuan penstrukturan semula yang berterusan sehingga kini,” katanya.
— Utusan Online