Connect with us

Berita Lain

Dr. Hilmi Nafi Dakwaan Lulus Klinik Gigi Doktor Palsu


PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Hilmi
Yahaya hari ini menafikan dakwaan beliau telah menyokong seorang doktor gigi
palsu yang telah didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka, kerana
menjalankan klinik pergigian swasta yang tidak berdaftar.
Kata Hilmi, beliau tidak pernah bertemu atau bercakap dengan
gadis berusia 20 tahun itu dan hanya mengetahui tentang isu tersebut daripada
salah seorang rakannya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Salah seorang rakan saya membawa kesnya kepada saya dan
bertanya adakah saya, sebagai ahli parlimen, boleh memberikan bantuan kepada
doktor gigi palsu itu.
“Walaupun saya ahli Parlimen Balik Pulau, adalah menjadi
tanggungjawab saya untuk membantu rakyat di seluruh negara, jadi saya periksa
dengan kementerian jika wujudnya hukuman berbentuk kompaun terhadap wanita itu
kerana ia merupakan kesalahan pertama.

NUR FARAHANIS EZATTY ADLI MENDAKWA DR HILMI YAHAYA MENYOKONG
PERUSAHAAN KLINIK GIGI PALSUNYA ITU. – SUMBER FOTO: NST/MUHAMMAD HATIM AB MANAN

“Bagaimanapun, saya diberitahu tidak wujud tindakan
sedemikian di dalam undang-undang negara ini dan wanita itu perlu dibawa ke
mahkamah.
“Saya ambil keputusan untuk membiarkan kes itu kepada yang
lebih arif dan tidak terlibat dengan keadaannya lagi,” katanya kepada pemberita
ketika diminta mengulas dakwaan Nur Farahanis Ezatty Adli di media sosial
bahawa perkhidmatan haramnya itu mendapat sokongan daripada Dr. Hilmi.
Dalam sebuah entri di Instagram, Nur Farahanis mendakwa
bahawa “perniagaan”nya telah diluluskan dan diperakui oleh Kementerian
Kesihatan.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada Dr. Hilmi dan
setiausaha persendiriannya, Aziaan Ariffin.
Mengikut pertuduhan, Nur Farahanis Ezatty didakwa
menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta
Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 di Bakti Homestay,
Jalan Bukit Katil, pada 10.15 malam, 25 Januari lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut subseksyen 4(1)
akta itu dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang
memperuntukkan denda tidak lebih RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun
atau kedua-duanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan,
Nurul Khairiyah Samsudin memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan
mengambil kira keselamatan dan kesihatan pesakit, berikutan proses menjalankan
pendakap gigi hanya boleh dilakukan doktor bertauliah selain kes berkenaan
bukan pertama di Melaka dan Malaysia.
Peguam Janariah Mustafa yang mewakili gadis itu merayu
hukuman ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertama anak guamnya,
menjimatkan masa mahkamah, selain insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan
tersebut. – MYNEWSHUB.CC


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel