Connect with us

Berita Lain

BELUM DAPAT GANTI RUGI RM700,000, HANA SEKALI LAGI SAMAN WATIE ELITE

Foto: Berita Harian

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Bekas anggota kumpulan
Elite, Hana sekali lagi menyaman rakan kumpulannya, Watie atas kegagalannya
membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 yang diperintahkan oleh Mahkamah
Sesyen Selayang terhadap peragawati sambilan itu, dua tahun lepas.

Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan,
39, yang menang kes samannya pada 10 Mac 2015 terhadap Watie atau nama
sebenarnya Norwati Sadali, 41, memfailkan saman penghutang penghakiman itu,
pada 18 Mei lepas apabila rakannya itu gagal menjelaskan wang berkenaan
sehingga kini.
Dalam permohonan itu, Norhanasafiza, turut memohon
mahkamah mengeluarkan perintah waran tangkap sekiranya Norwati gagal hadir ke
mahkamah bagi memberi penjelasan berhubung kegagalannya membayar ganti rugi
tersebut.
Sementara itu, Norwati ditemani suaminya, pelakon
dan juga pelawak, Zulkifli Daud atau lebih dikenali sebagai Joey ketika ditemui
pemberita, berkata beliau hadir hari ini selepas mendapat surat perintah untuk
hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes saman berkenaan.
Menjawab soalan pemberita mengapa beliau tidak
muncul pada prosiding pada Jun lepas, Norwati mendakwa beliau tidak menerima
sebarang surat kerana surat berkenaan dihantar ke alamat yang berbeza dengan
tempat tinggalnya.       
“Saya sebenarnya tidak berniat untuk melarikan diri
atau mengelak kerana surat yang dihantar kepada saya sebelum ini tidak sampai
ke tangan saya,” katanya selepas selesai prosiding di dalam kamar Hakim
Rasyihah Ghazali hari ini.
Norwati, yang tidak diwakili peguam, berkata beliau
tetap akan membayar wang tersebut namun berharap jumlah berkenaan dapat
diselesaikan secara ansuran selain tidak mampu membayarnya sekali gus kerana ia
di luar kemampuannya.
“Saya juga ada merayu di hadapan hakim untuk
kurangkan jumlah hutang yang perlu dibayar dan mahkamah mengarahkan saya untuk
kemukakan penyata gaji saya dan suami bagi tujuan berkenaan,” kata pelakon itu
dalam nada yang sebak.
Sementara itu, peguam Tengku Nadiatul Hanim Tengku
Mohamad Nasser, mewakili Norhanasafiza, berkata mahkamah menetapkan 11 Okt ini
untuk perbicaraan saman penghutang penghakiman. Namun, anak guamnya tidak hadir
pada prosiding hari ini.
Pada 10 Mac 2015, mahkamah memerintahkan Norwati
membayar ganti rugi berjumlah RM707,351.83 selepas membenarkan tuntutan saman
Norhanasafiza terhadap pelakon itu.
Norhanasafiza, selaku plaintif, memfailkan saman
terhadap Norwati sebagai defendan berhubung kegagalan defendan menyelesaikan
bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya (Norhanasafiza) bagi membeli
sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.
Dalam pernyataan tuntutan, Norhanasafiza mendakwa
beliau telah membuat pinjaman bank sebanyak RM150,000 untuk membeli kereta itu
sekitar September 2005 bagi pihak Norwati kerana pelakon itu tidak layak
membuat pinjaman.
Norhanasafiza mendakwa selepas Norwati memiliki
kenderaan itu beliau gagal mematuhi syarat ditetapkan termasuk gagal membuat
bayaran ansuran sejak September 2010 kepada pihak bank dan tidak membayar cukai
jalan.
Plantif mendakwa akibat kejadian itu, beliau
diisytiharkan muflis pada 1 April 2013 dan perkara tersebut tersebar secara
meluas di blog dan media cetak menyebabkan beliau mengalami tekanan dan memberi
kesan negatif dalam kariernya.
Oleh itu, plantif menuntut ganti rugi khas, ganti
rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. —
Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel