Connect with us

Berita Lain

ISTERI DEDAH KENAPA SALEEM MARAH SANGAT DENGAN SYAFIQ FARHAIN


Hangat diperkatakan baru-baru ini mengenai seorang artis
yang menganggap tindakan sebuah syarikat rakaman yang telah mengganggu periuk
nasinya sebagai seorang penyanyi yang masih lagi aktif apabila pihak mereka
dikatakan menggunakan nama penyanyi tersebut bagi mempromosikan lagu seorang
penyanyi baharu yang berjudul Sayang Maafkan Aku.

Penyanyi Saleem mengatakan bahawa syarikat rakaman tersebut
menggunakan nama dan lagunya untuk mengaut keuntungan tetapi tidak memberikan
sebarang faedah kepada dirinya.
Bagaimanapun, kini pihak syarikat rakaman tersebut sudah pun
bertemu dengan Saleem dan mereka bersetuju dengan beberapa syarat yang
diletakkan oleh penyanyi berkenaan.
Penyanyi baharu, Syafiq Farhain yang juga merupakan anak
kepada Saleem dilarang menyanyikan lagu bapanya dimana-mana acara dan juga
mengaitkan namanya di sebarang temuramah.

Pengarah urusan syarikat berkenaan memberikan kenyataan,
pihaknya dan Syafiq mengambil keputusan untuk bersetuju dengan semua syarat.
“Kami faham dengan apa yang dia mahu, memang benar ramai
penganjur yang mahukan Syafiq menyanyikan lagu-lagu Saleem.
“Kami akan pastikan ia tidak akan berulang dan Syafiq akan
menyanyikan lagu dia sendiri dan lagu-lagu penyanyi lain.
“Walaupun pada hakikatnya Saleem sebenarnya tiada hak kerana
hak menyanyikan lagu itu terletak pada syarikat rakaman bukan penyanyi, namun
kami hormat dan faham,” ujarnya.

Ketika diminta mengulas mengenai spekulasi yang berlaku,
Julia Bachok iaitu isteri kepada Saleem menjelaskan bahawa terdapat salah faham
diantara pelantun lagu Suci Dalam Debu itu dengan anaknya Syafiq Farhain sejak
beberapa tahun lalu dan masih lagu belum di selesaikan dengan baik.
“Saya tidak kisah apa orang luar nak cakap kerana mereka tidak
tahu apa yang berlaku. Syafiq kena ingat dia pernah menuduh bapanya dengan
perkara-perkara yang tidak baik satu masa dahulu dan dia sendiri malu nak
mengaku Saleem sebagai bapanya.

Jelas Julia lagi, Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq
Farhain AM Salim, 23, seharusnya datang memohon maaf kepada bapanya di atas apa
yang berlaku dulu sehingga melukakan hati Saleem.
“Perkara ini menyebabkan Saleem marah kepadanya. Bila sudah
masuk dalam industri dia pula ambil kesempatan dan jalan singkat ini,” ujarnya.
Menurut Julia dia tidak mahu ada pihak lain yang mengambil
jalan pintas dan mengaut keuntungan dengan cara yang mudah.
“Orang memanggil Syafiq untuk menyanyi seperti Saleem dengan
bayaran yang murah,” ujarnya.
Kehadiran Syafiq yang juga merupakan seorang anggota Jabatan
Bomba dan Penyelamat ini sedikit sebanyak menggugat pendapatan bapanya yang
masih aktif kerana caranya yang meniru nyanyian Saleem.



Sumber: blogmazeer

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel