Connect with us

Berita Lain

MULA-MULA KEMALANGAN, KEMUDIAN DITAHAN BAWA PISTOL


POLIS menahan lelaki berusia 30 tahun selepas menemui
sepucuk pistol bersamanya ketika suspek yang menunggang motosikal terbabit
kemalangan di Kampung Alor Redis, Arau, 11 pagi hari ini.
Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata, polis yang
menerima maklumat berhubung kemalangan itu bergegas ke lokasi kejadian namun
sebaik tiba mendapati lelaki itu memiliki sepucuk pistol, lapor harian metro.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati pistol itu berisi
peluru.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagaimana suspek
memiliki pistol itu dan digunakan untuk tujuan apa.

“Suspek yang cedera ringan di kaki disiasat mengikut
Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,”
katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel