Connect with us

Berita Lain

RCI MEMALI: TUN MAHATHIR SEDIA BERI KERJASAMA

Foto: The Sun Daily

MACHANG: Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan akan
memberinya peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku pada peristiwa Memali
sekiranya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenainya ditubuhkan.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau bersedia memberi
kerjasama kepada RCI itu bagi mendedahkan kebenaran kepada umum.

“Saya alu-alukan adanya RCI Memali kerana pada masa
itu, kita boleh dedah apa yang berlaku. Saya sedia (beri kerjasama) dan saya
minta diberi peluang untuk menjelaskan apa yang berlaku lebih 30 tahun
dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis
Pelancaran Pakatan Harapan Kelantan di sini, Jumaat.

Dr Mahathir, yang merupakan perdana menteri ketika peristiwa
itu berlaku pada 19 November 1985, berkata demikian ketika diminta mengulas
kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis bahawa
kerajaan tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan RCI itu bagi ketahui
kebenaran, fakta dan sekiranya ia boleh mendatangkan kebaikan.

Dalam peristiwa Memali itu, seramai 18 orang termasuk empat
anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi
menangkap seorang guru, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim
Libya.

Mengulas mengenai penyebab utama peristiwa itu berlaku, Dr
Mahathir mendakwa ia terjadi berikutan peranan pemimpin tertentu yang
mempengaruhi pemikiran politik Islam pada masa itu menerusi suatu amanat yang
memuncak sebelum pertumpahan darah itu berlaku.

“(Peristiwa Memali berlaku) kerana (adanya) desakan
pemimpin yang janjikan syurga,” dakwa beliau yang juga pengerusi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia.

Dr Mahathir juga memberitahu bahawa polis terpaksa bertindak
terhadap penduduk kampung berkenaan selepas mereka membunuh empat anggota polis
itu.

“Kalau tak bunuh polis… mereka (polis) tak akan
balas,” katanya.
Baru-baru ini, beberapa pemimpin PAS dan anggota keluarga
mangsa meminta kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat peristiwa Memali itu. –
Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel