Connect with us

Berita Lain

AKIBAT MAKI ANGGOTA POLIS, LELAKI DIHUKUM PENJARA 6 BULAN


Singapura: Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman
penjara enam bulan setengah kepada seorang lelaki Australia kerana menyerang
pegawai polis lapangan terbang dan kesalahan lain.
Dengan tangan dan kaki bergari, Jason Peter Darragh, 44,
mengaku salah di sebuah mahkamah di sini atas empat tuduhan termasuk melakukan
kekerasan jenayah.
Darragh dituduh menyerang seorang anggota polis di Lapangan
Terbang Changi pada 20 April lalu ketika mahu ke Cebu, Filipina.
Sehari selepas itu, Darragh didakwa di mahkamah kerana
mengganggu seorang pegawai kerajaan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada
pegawai polis.
Pada 1 Mei lalu, dia sekali lagi didakwa mengganggu seorang
wanita dengan berlegar-legar di hentian teksi dengan tangan diletakkan di
kemaluannya.
Hakim Tan Jen Tse berkata, dia perlu menjatuhkan hukuman
yang bersesuaian bagi mengelak lelaki itu menyerang anggota polis lagi.
Darragh ditahan reman sejak Mei lalu walaupun ditawarkan
ikat jamin SG20,000 (RM62,823).
Peguamnya, S Dhillon berkata, lelaki itu tidak mahu diikat
jamin bagi menunjukkan rasa kesal terhadap tindakannya itu.
Darragh berdepan 11 dakwaan tetapi mahkamah hanya meneruskan
dengan empat tuduhan walaupun tuduhan lain turut dipertimbangkan ketika
menjatuhkan hukuman. – Reuters

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel