Connect with us

Berita Lain

KES BUNUH POLIS: PEMILIK PREMIS TOLONG SERAH RAKAMAN CCTV


SHAH ALAM: Polis meminta kerjasama pemilik premis berdekatan
Balai Polis Pinggiran USJ yang ada memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk
membantu siasatan kes bunuh seorang anggotanya dalam kejadian Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, berkata sebarang
rakaman CCTV yang diserahkan kepada pihak penyiasat boleh membantu merungkai
kes pembunuhan Lans Koperal Valentino Mesa, 29, yang ditemui dengan kesan luka
tetakan di belakang kepala dan sedas tembakan di belakang badannya, awal pagi
Khamis.
Mayat Valentino ditemui berdekatan Kaunter Pertanyaan di
balai polis berkenaan oleh rakan setugas dari Unit Peronda yang baru pulang
daripada membuat rondaan, kira-kira jam 3.25 pagi, lapor BH Online.
Beliau berkata rakaman CCTV kediaman berdekatan penting
untuk siasatan polis dalam kes itu.
“Siasatan kes ini masih lagi berjalan. Tolong berikan
kami ruang untuk menyiasat kes ini,” katanya kepada pemberita.
Pada masa sama, Mazlan turut menafikan dakwaan bahawa
senjata api yang dibekalkan kepada Valentino iaitu Walther P99, yang dipercayai
diambil penyerangnya, sudah ditemui.
Kira-kira 16 jam selepas serangan itu, seorang suspek
berusia 34 tahun ditahan ketika mahu menaiki penerbangan ke Sibu di Lapangan
terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 7.30 petang semalam.
Suspek yang berasal dari Sarawak ditahan sepasukan anggota
polis yang kemudian diserahkan kepada Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Subang Jaya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel