Connect with us

Berita Lain

Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Dimasyhur Sultan Kedah Baharu

Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah
(tengah) dan Tunku Temenggong Kedah, Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul
Halim (kiri) kelihatan sedih ketika mengiringi jenazah Almarhum Sultan Kedah,
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dibawa ke Balai Penghadapan Istana Anak Bukit
selepas disembahyangkan bagi memberi peluang kepada rakyat jelata untuk memberi
penghormatan terakhir sebelum dimakamkan di Makam DiRaja Langgar hari ini. –
Foto Bernama


ALOR SETAR – Raja Muda Kedah, Tunku Sallehuddin Almarhum
Sultan Badlishah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29  menggantikan Almarhum kekandanya, Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Pemasyhuran itu dibacakan Menteri Besar  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana
Anak Bukit di sini hari ini setelah diputuskan dalam Majlis Mesyuarat
Mengangkat Raja.

Almarhum Sultan Abdul Halim mangkat pada 2.30 petang semalam
di istana tersebut.

Perkara Sembilan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah
memperuntukkan pelantikan untuk menaiki takhta kerajaan negeri Kedah adalah
ditetapkan Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja yang turut dianggotai menteri besar
sebagai Yang Dipertua majlis berkenaan.

Setelah dimasyhurkan, Pengelola Bijaya Diraja/Ketua
Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah kemudiannya
menghadap Tunku Sallehuddin untuk mengiringi baginda ke singgahsana yang
terletak di Dewan Penghadapan.
Syed Unan kemudiannya melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak
tiga kali yang disambut oleh hadirin dan serentak itu paluan nobat dan tiupan
nafiri dikumandangkan.
Istiadat diteruskan dengan bacaan doa oleh Mufti Kedah,
Datuk Syeikh Fadil Awang.
Tunku Sallehuddin kemudiannya menyentuh peterana Almarhum
Sultan Abdul Halim, menandakan istiadat pemakaman akan dimulakan.
Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Puan Muda Kedah
Tengku Maliha Tengku Ariff, Tunku Bendahara Kedah Tan Sri Tunku Abdul Hamid
Thani Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri
Intan Safinaz dan Tunku Laksamana Kedah Datuk Tengku Sarafuddin Badlishah Tunku
Salehuddin Almarhum Sultan Badlishah.
Tunku Sallehuddin diisytiharkan sebagai Pengerusi Jemaah
Pemangku Sultan Kedah menggantikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang
mangkat pada 21 Mei 2014 dan memegang jawatan itu sehingga 12 Disember tahun
lalu.
Pada 15 Disember lepas baginda dimasyhurkan sebagai Raja
Muda Kedah setelah Sultan Abdul Halim kembali memayungi negeri Kedah selepas
lima tahun bersemayam di Istana Negara sebagai Yang di-Pertuan Agong – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel