Connect with us

Berita Lain

Ahmad Idham Jawab Isu ‘Like’ Video Lucah

Foto: New Straits Times

PETALING JAYA: Pengarah filem Ahmad Idham tidak melatah
dengan dakwaan netizen kononnya dia menonton video lucah di laman sosial kerana
ia bukan sesuatu perkara yang mustahil.

Idham atau Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 43, berkata, penggunaan
media sosial yang meluas dan terlalu terdedah menyebabkan dia sering menerima
pautan-pautan laman web yang tidak sepatutnya.

“Perkara itu tidak mustahil kerana zaman sekarang kita
telalu terdedah dengan penggunaan Internet. Kadang-kadang ada sahaja orang
hantar link yang bukan-bukan kepada kita.

“Bohonglah kalau saya kata saya tidak pernah tengok
video lucah. Tapi ia bukan saya yang mencari video seperti itu sebaliknya ada
sahaja individu yang hantar bukan-bukan di laman sosial kita, bila bukak…
rupa-rupanya ia kandungan yang tidak senonoh,” ujarnya kepada mStar
Online.

 Ahmad Idham diminta mengulas dakwaan sebuah blog hiburan
yang mendakwa kononnya dia kantoi menonton video lucah apabila tindakannya
meletakkan tanda suka (like) disedari netizen pada salah sebuah video berkenaan
di laman sosial Twitter.

Sementara itu, Ahmad Idham berkata, dia juga tidak menolak
jika ada pihak yang kurang senang bertindak menggodam laman sosial miliknya
dengan tujuan tersebut.
“Saya baru tahu tentang perkara ini dan malas nak
layan. Sekarang banyak sahaja cara orang nak malukan kita.

“Sedangkan gambar pun mereka boleh sunting apatah lagi
benda-benda seperti itu. Setahu saya laman-laman web lucah di negara ini sudah
disekat macam mana nak cari melainkan yang bijak pandai dengan Internet
sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, dia meminta agar orang ramai tidak melayan
isu remeh temeh yang tidak mendatang kebaikan atau faedah.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel