Melaka: Lelaki yang juga peniaga kuaci dihukum penjara
sehari dan denda RM1,200 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam
selepas mengaku bersalah mencuri minuman beralkohol, kondom dan coklat di
sebuah pasar raya, tahun lalu.

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu
terhadap Too Loi Heng, 34, selepas tertuduh mengaku bersalah selepas faham
pertuduhan dikenakan terhadapnya yang dibacakan jurubahasa mahkamah lapor My Metro.

Tertuduh didakwa dengan niat curang mencuri tiga bungkus
Nestle Kit Kat berharga RM19.68, empat kotak Durex Love (RM25), enam tin
Guinness (RM74.10) dan sebungkus Milo seberat dua kilogram (RM32.88) berjumlah
keseluruhan RM173.71.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pasaraya AEON Jusco
Bandaraya Melaka, pada jam 4 petang, 13 Februari tahun lalu.

Bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 380
Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda
jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya N
Sivashangari memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh
kerana produk dicuri bukan barangan keperluan asas.

Namun, Too yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah
menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya dengan memberi alasan perlu menanggung
isteri dan dua anak masih kecil.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara sehari dan
denda RM1,200 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda.