Connect with us

Berita Lain

Kepala Pemandu Digilis, Bumbung Kereta Tercabut Bertembung Lori


PUCHONG, 13 Sept ― Nahas antara kereta dengan lori
mengorbankan pemandunya dan membuatkan lalulintas di lebuh raya sesak sehingga
10 kilometer.
Dua kenderaan itu berlanggar di Lebuhraya Damansara Puchong
(LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini pagi tadi, lapor
Sinar Harian.
Harian Metro pula melaporkan penumpang kereta parah dalam
kejadian 6 pagi tadi. Sinar Harian menyebut kejadian itu kira-kira 6.40 pagi.
Kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Petaling Jaya
ke Putrajaya dikatakan terbabas sebelum merempuh lori tersebut.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang menerima
panggilan pada jam 6.44 pagi sempat memadam kebakaran kecil di bahagian enjin
kereta.
“Mangsa yang juga pemandu kereta terbabit Lim Ji Qin [28
tahun] disahkan maut di lokasi kejadian, manakala rakannya Tan Zi Xuan, 27,
parah,” kata penolong pengarah operasinya Mohd Sani Harul.
Pemandu lori itu tidak mengalami kecederaan, tambahnya.
Foto-foto di media sosial menunjukkan Lim cedera parah di
kepala, sementara kereta putihnya tertanggal bumbungnya.




— Malaymailonline

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel