Connect with us

Berita Lain

Isu Ditimbulkan Dr Mahathir, Pembangkang Satu Pembohongan Besar – Ismail Sabri

Foto: The Sun Daily

KUALA LUMPUR: Pertemuan positif dan mesra antara Presiden
Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
bukan sahaja satu penghormatan tinggi kerajaan Amerika kepada Najib dan
Malaysia, malah menyerlahkan pembohongan pembangkang di negara ini.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
berkata pertemuan yang berlangsung pada Selasa di Rumah Putih atas undangan
Trump itu, membuka pembohongan dan fitnah terhadap Najib oleh pembangkang
selama ini termasuk oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Pertemuan Trump dengan Najib membuka pembohongan bekas
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta pembangkang yang satu ketika dahulu
mengatakan Najib akan ditangkap jika ke Amerika Syarikat, malah pesawat pun
tidak dibenarkan melalui ruang udara negara itu,” katanya dalam kenyataan
hari ini.
Isu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) juga tidak
menjadi persoalan dalam pertemuan itu sepertimana yang digembar-gemburkan pihak
pembangkang, kata Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah.

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel