Connect with us

Berita Lain

Pakatan Harapan Perak Dah Sedia Manifesto PRU14



IPOH – Pakatan Harapan Perak telah menyiapkan manifesto bagi
PRU14 yang akan diumumkan secara rasmi pada bulan hadapan.

Pengerusinya, Ahmad Faizal Azumu berkata, manifesto tersebut
telah dirancang atau disusun oleh wakil keempat-empat parti meliputi
kepentingan semua kaum di negeri ini.
Beliau berkata, secara umumnya manifesto ini memberi fokus
kepada pendidikan, ekonomi, kesihatan dan sebagainya untuk rakyat Perak.
“Kita akan bawa manifesto ini dan terangkan kepada
rakyat dalam siri jelajah yang akan dibuat oleh rakan-rakan komponen dalam
Pakatan Harapan.
“Saya yakin Pakatan Harapan Perak yang pertama telah
siap manifesto tersendiri dan kita juga akan bawa sama manifesto Pakatan
Harapan di peringkat pusat dalam jelajah yang akan dibuat nanti,” katanya
dalam sidang media di Pejabat DAP Perak, hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu, Pengerusi DAP Perak, Nga
Kor Ming; Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
dan beberapa pimpinan DAP,  Bersatu dan
Amanah Perak. – Sinar online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel