Connect with us

Berita Lain

“Perangai Masih Tak Berubah” – Produksi Drama Terpaksa Gugurkan Fathia


KUALA LUMPUR, 16 Sept — Pelakon Nur Fathia Latiff digugurkan
daripada membintangi drama Laluna kerana masalah disiplin.

Penerbit drama berkata Fathia, 30, datang lambat dan berada
dalam keadaan tidak terurus ke set penggambaran, lapor mStar Online.

“Saya tahu dia memang ada masalah disiplin, saya beri
peluang kerana dia pernah berjanji untuk buat yang terbaik namun perangainya
masih tak berubah,” kata Norazah Sahud dari syarikat produksi TenView Sdn Bhd.

“Kami terpaksa membuat keputusan ini kerana tidak mahu
menanggung akibat kerana baki penggambaran masih panjang lagi.”

Katanya pelakon filem wanita popular tahun lalu itu juga
melarikan diri dari set penggambaran selepas ditegur tidak memberikan komitmen.

“Saya sudah berada dalam industri ini hampir 22 tahun dan
telah menerbitkan banyak drama, ini kali pertama saya melayan ragam seorang
artis yang paling bermasalah,” katanya.



Dalam pada itu, produksi sudah mempunyai beberapa calon
pelakon yang akan menggantikan watak Luna yang sebelum ini disandang oleh
Fathia.

Walau bagaimanapun, Norazah masih belum mahu mengumumkan
pengganti untuk watak utama tersebut.

“Insya-Allah, penggambaran akan bermula Selasa depan
dan beberapa babak yang dilakonkan oleh Fathia sebelum ini perlu dirakamkan
semula oleh pelakon pengganti.

“Sebelum kami perlu tanggung kerugian yang lebih besar,
lebih baik kami ganti orang lain secepat mungkin,” katanya.



Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel