Connect with us

Berita Lain

Yang di-Pertuan Agong, PM Najib Tinjau Pusat Tahfiz



KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mencemar duli
berangkat tiba di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di sini pada jam 10.20
malam tadi lapor BH online.

Baginda berkenan meluangkan masa kira-kira 30 minit melihat keadaan
pusat tahfiz berkenaan selepas ia terbakar dan mengorbankan 23 nyawa awal pagi
semalam.



Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di pusat tahfiz
berkenaan bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan diiringi tetamu
kehormat.

Antara tetamu berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk
Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani;
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh
Omar; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Sementara itu, keadaan sesak di sini tidak menghalang ratusan pengunjung
dari kawasan sekitar menyambut ketibaan baginda.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel