Connect with us

Berita Lain

Natasha Elyzza Mohon Maaf Isu Video

Pelakon baharu Natasha Elyzza – Foto: BH online

KUALA LUMPUR: Natasha Elyzza yang dikaitkan dengan isu video
aksi ‘panas’ membabitkan wanita mirip Fathia Latiff memohon maaf berhubung
penyebaran rakaman itu melalui media sosial.
Pelakon baharu itu menyesal atas apa yang berlaku malah
menyifatkan insiden itu tidak bijak.
“Maafkan atas apa yang sudah saya lakukan. Ia perkara
bodoh dan saya belajar daripada kesilapan itu.
“Saya mengaku, saya sudah menconteng arang di muka
ramai orang. Namun, tidak semua tahu cerita yang sebenar,” katanya
meluahkan perasaan pada laman Instagram miliknya.
Menurut laporan portal BH online, sejak beberapa hari lalu, tersebar rakaman video melalui
aplikasi Bigo Live milik Natasha yang antara lain memaparkan dirinya bersama
seorang wanita yang terdedah sebahagian daripada tubuhnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Rakaman video itu mencetuskan kontroversi kerana wanita
terbabit dikatakan mirip Fathia. Bintang Ariana Rose itu terus hangat apabila
pembabitannya dalam drama La Luna terbitan TenView Sdn Bhd ditamatkan serta
merta.
Produksi mengambil keputusan itu atas alasan Fathia
mempunyai masalah salah laku hingga menyukarkan penggambaran.
Malam tadi, melalui rakaman langsung di Instagram, Fathia
memohon maaf dan meminta dirinya tidak difitnah.
Tampil menjernihkan suasana, Natasha mengaku membuat
kesilapan apabila membuka video aplikasi Bigo itu.

“Saya tahu ramai yang marahkan saya. Diharap, anda
semua dapat memaafkan saya dan beri peluang untuk saya perbaiki diri,”
katanya.


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel