Connect with us

Berita Lain

Dr M Yakin PH Mampu Menang Di Sarawak


Walaupun digelar sebagai ‘deposit tetap’ BN, Tun Dr Mahathir
Mohamad yakin pakatan Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu mencatat kemenangan yang
baik di Sarawak pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, seterusnya menumbangkan
kerajaan BN.
Pengerusi HARAPAN itu berkata demikian ketika ditanya
pemberita tentang jumlah kerusi parlimen yang disasarkan mereka di Sarawak pada
PRU akan datang.
“Kami belum kira (jumlah kerusi), tetapi berharap akan
menang dengan jumlah kerusi (yang signifikan),” katanya pada sidang media
selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketika ditanya adakah ia akan mencecah 20 kerusi, beliau
berkata;
“Saya tiada angka…Cukup untuk membentuk kerajaan
(persekutuan).”
Seperti di Semenanjung, pembangkang mendapat sokongan yang
signifikan di kawasan bandar di sana.
Pada PRU ke-13, Pakatan Rakyat memenangi 6 kerusi parlimen
di negeri itu (5 DAP, 1 PKR), kebanyakannya kawasan bandar seperti Bandar
Kuching, Sibu dan Miri.

Dalam pada itu, bekas perdana menteri itu berkata beliau
bersedia untuk berjumpa dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang
menjadi parti utama BN Sarawak.
“Saya ingin berbincang dengan mereka. Sama ada mereka
mahu atau tidak, saya tidak pasti.
“Sekarang semua orang seperti menjadi pemalu. Kali
terakhir saya datang, orang boleh bersalam dengan saya,” katanya.
Mahathir menjawab soalan pemberita berhubung spekulasi yang
beliau akan cuba mendapat sokongan PBB jika pembangkang gagal memenangi kerusi
parlimen yang mencukupi di Sarawak pada PRU ke-14 untuk membentuk kerajaan
persekutuan.
PBB memegang 14 daripada 25 kerusi Parlimen yang dimenangi
BN pada PRU lalu.
Mahathir membuat kunjungan kali pertama ke negeri itu selaku
pembangkang. Beliau dijangka berucap dalam satu program di Kuching, malam ini.

Program itu dijangka akan membentangkan manifesto HARAPAN
bagi negeri itu pada PRU akan datang.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel