Connect with us

Berita Lain

EAIC Siasat Sindiket Penipuan Rumah Murah


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agen­si Penguatkuasaan
(EAIC) akan menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat sindiket penipuan
rumah murah yang masih bergiat aktif, biarpun banyak laporan polis telah dibuat
oleh mangsa.
Aktivis Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata, jaminan tersebut diberikan sendiri oleh
pihak EAIC untuk menyiasat secara terperinci dan memastikan semua agensi
penguatkuasaan terlibat mengambil tindakan terhadap sindiket peni­puan
tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pihak PPIM tampil ke hadapan untuk membantu lebih 400
mang­sa penipuan sindiket penipuan rumah murah ini dengan menghantar laporan
polis yang dibuat oleh mangsa kepada EAIC supaya pihak penguat kuasa yang
menerima aduan mangsa-mangsa ini dapat bertindak lebih aktif serta proaktif.
“Kita mendapati dalang-dalang kes penipuan ini masih aktif
mempromosikan rumah murah, biarpun pelbagai aduan polis telah dibuat dan
sepatutnya tindakan telah diambil bagi menghentikan kegiatan haram ini,”
katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas
menyerahkan lebih 400 laporan polis yang dibuat oleh mangsa sindiket tersebut kepada
EAIC di sini hari ini.
Yang turut hadir Peguam PPIM, Datuk Hishammuddin Hashim dan
Timbalan Pengarah Operasi EAIC, Celemans Kasim.
Dalam pada itu, Muhammad Yusuf meminta orang ramai
ter­utamanya di kawasan luar bandar supaya tidak terpengaruh dengan sindiket
penipuan tersebut.
“Kami menggesa supaya sin­diket rumah murah ini menghentikan
segera promosi palsu ini dan fikirkan nasib mangsa-mangsa yang telah ditipu
terutamanya warga emas di kampung.
“Pihak PPIM juga telah menjalankan kajian dan mendapati
sindiket ini telah lama terlibat dalam kegiatan ini dengan menjalankan pelbagai
aktiviti peni­puan lain,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut mengucapkan
tahniah kepada Menteri Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Ke­rajaan Tempatan,
Tan Sri Noh Omar yang segera menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat skim rumah
mampu milik tidak sah.
Beliau berkata, pihaknya berharap tindakan pantas tersebut
dapat diikuti agensi lain bagi memastikan sindiket penipuan itu dapat
ditumpaskan sepenuhnya.

— Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel