Connect with us

Berita Lain

Ini Bukan Negara Taliban – Sultan Ibrahim


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum
Sultan Iskandar mengarahkan supaya operasi dobi khas untuk pelanggan beragama
Islam di Muar ditamatkan segera atau berdepan tindakan ditutup oleh baginda
sendiri.

“Beta tidak boleh terima perkara mengarut seperti ini.
Ini adalah negeri Johor, negeri milik Bangsa Johor dan milik semua rakyat tidak
kira bangsa dan agama. 

Negeri ini adalah progresif, moden dan bersederhana.

“Ini bukan negara Taliban dan sebagai Ketua Agama Islam
di Johor, beta merasakan tindakan ini sama sekali tidak boleh diterima dan
bersifat ekstremis,” titah baginda.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Tuanku Sultan Johor turut mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa
Agama Johor, Abdul Mutalip Abd Rahim, majlis agama dan majlis daerah untuk
menyiasat perkara itu.

Baginda juga telah bertitah dengan Mufti Johor, Datuk Mohd
Tahrir Samsudin dan Exco Agama, Abdul Mutalip Abd Rahim berkenaan hal ini.

“Beta mahu pemilik dobi itu memohon maaf kepada beta dan
seluruh rakyat Johor. Dia telah membuat orang Johor malu dan marah kerana ini
bukanlah apa yang Johor mahukan.

“Pemilik itu juga telah melanggar visi Johor untuk
bersatu, hidup harmoni, bersederhana dan bertoleransi. Kalau dia mahu
meneruskan juga perkhidmatan dobi Muslim itu, dia boleh keluar dari Johor. Beta
cadangkan dia buka kedai di Afghanistan. Pemikirannya sempit dan tidak seiring
dengan apa yang diperjuangkan di negeri ini.”

Sultan Ibrahim bertitah, baginda dan keluarganya terkejut
dengan tindakan pemilik dobi itu.

Jelas baginda lagi, jika perbuatan itu tidak dihentikan, ia
akan membuka ruang untuk lebih banyak perbuatan yang berfikiran sempit
dilakukan atas nama Islam.

Gambar dobi mesra Muslim itu tular minggu lalu apabila
dilaporkan hanya pelanggan Islam sahaja dibenarkan menggunakan mesin pencuci
pakaian di premis itu.

Titah Sultan Ibrahim, pada mulanya pemilik dobi itu
meletakkan papan tanda untuk Muslim sahaja dan apabila isu ini menjadi
kontroversi, dia menukar papan tanda kepada “Mesra Muslim”.

“Tak usah berlagak pandai, ia tetap sama. Pemilik dobi
itu perlu dibersihkan otaknya.

“Beta mahu hentikan ekstremism. Perlakuan ekstremis
tiada tempat di negeri beta. Kita ada maruah sebagai Bangsa Johor dan beta mahu
tahu di mana pemilik dobi itu belajar agama? Islam mengajar untuk bertoleransi
dan menghormati kepercayaan orang lain,” titah baginda di Istana Bukit
Serene pada Selasa.
Titah Sultan Ibrahim lagi, baginda tidak boleh berdiam diri
mengenai isu ini. Jika tidak mungkin selepas ini akan wujud pula teksi khusus
untuk pelanggan Islam dan bukan Islam.

— mStar online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel