Connect with us

Berita Lain

‘Pas Tiada Sumbangan Kepada Melayu, Islam’ – Dr Mahathir

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad – Foto: Free Malaysia Today

SHAH ALAM – Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir
Mohamad mendakwa, rekod Pas tidak menujukan apa-apa sumbangan parti itu kepada
orang Melayu dan agama Islam.
Menjelaskan perkara itu, Mahathir berkata, tidak ada sesiapa
yang boleh nafikan bahawa sebelum ada Pas orang Melayu yang semuanya beragama
Islam tidak berpecah dan berpuak-puak kerana tidak ada kelainan fahaman Islam
antara mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Hanya apabila Pas ditubuh maka orang Melayu berpecah
dan bermusuh sesama sendiri. Ini adalah kerana dakwaan Pas kononnya orang Umno
kafir.
“Demikian kesan daripada dakwaan ini sehingga bukan
sahaja orang Melayu berpecah dua tetapi ramai orang Pas begitu percaya kepada
dakwaan Pas sehingga ada yang mengkafirkan ibu bapa mereka dan mendakwa
perkahwinan mereka tidak sah,” dakwanya yang dipetik menerusi catatan
diblognya, Chedet.
Dakwanya lagi, dakwaan bahawa orang bukan Pas tidak Islam
masih dipercayai.
“Di Terengganu sembahyang dua imam dan sembahyang di
masjid berasingan masih berlaku,” dakwanya.
Dakwa Mahathir lagi, perpecahan politik telah dijadikan
perpecahan agama antara orang Melayu Islam Malaysia.
“Sebahagian besar orang Islam di Malaysia masih
dianggap sebagai kafir oleh fanatik Pas,” dakwanya.
Justeru,  Mahathir
mendakwa untuk mengekalkan perpecahan orang Islam di Malaysia, Pas memaksa
ramai ahlinya berbaiah kepada pemimpin dan parti.

“Perbuatan ini bertentangan dengan ajaran agama. Islam
menuntut supaya semua orang Islam bersaudara,” katanya. – Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel